Ramai tersalah anggap... servis ucapan RM50 Janna Nick adalah untuk tujuan amal - Hiburan | mStar

Ramai tersalah anggap... servis ucapan RM50 Janna Nick adalah untuk tujuan amal

Janna Nick mengenakan caj RM50 untuk ucapan hari lahir bagi mengumpul dana. FOTO: Qarami Hashim

MENERIMA kecaman hebat gara-gara mengenakan bayaran untuk rakaman ucapan ulang tahun kelahiran, pelakon Janna Nick akhirnya menyatakan kenapa dia berbuat demikian.

Menurut Janna atau Nurul Jannah Muner, 23, bayaran yang dikenakan kepada peminat tersebut ialah bagi mengumpul dana tabung Wish For Their Hope (WFTH).

"Sudah lama saya impikan untuk tubuhkan sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat mengumpulkan dana untuk mereka yang memerlukan.

"Memandangkan saya selebriti yang ada ramai pengikut di Instagram, jadi saya gunakan cara ini untuk dapatkan sumbangan awam dan salurkan kepada mereka yang memerlukan.

"Ini baru permulaan kita dan saya memasang impian untuk memperluaskan sumbangan kita seluruh Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Janna ditemui ketika majlis sumbangan untuk anak-anak Rumah Kasih Nurul Nasuha di Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.

Janna Nick (lima dari kanan) bersama rakan-rakan artis dan mereka yang terlibat menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan.

Dia mempunyai pengikut kira-kira 3.9 juta orang di Instagram.

Dalam kunjungan tersebut, Janna menyerahkan bantuan berupa barangan keperluan asas dan wang tunai.

Antara rakan artis yang turut hadir semasa penyerahan sumbangan tersebut ialah Mawar Rashid serta suami, Raf Yaakob, Dafi dan Ippo Hafiz.

Sebelum ini, kecoh Janna Nick mengenakan bayaran RM50 untuk setiap ucapan yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Tindakannya itu membuatkan sesetengah pihak berasa kurang senang dan beranggapan pelakon drama Leftenan Zana dan hos Melodi ini mengambil kesempatan terhadap peminat untuk meraih keuntungan.

Dalam kalangan artis juga turut memberi komen negatif tujuannya itu.

Sementara itu, Janna menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan peminat demi mendapatkan wang dengan cara mudah.

"Kalau difikirkan secara logik saya tak kaya pun kalau buat servis begini. Sebelum ini pun saya muat naik sahaja video dengan peminat tanpa bayaran.

"Apabila saya letak RM50 itu baru ada yang sedar nilai tersebut boleh buat macam-macam, mungkin bagi sesetengah orang RM50 itu apalah sangat tapi ia besar kepada orang lain.

"Apa pun bayaran dan sumbangan itu tiada paksaan. Biarlah mereka menyerahkan dengan seikhlas hati," katanya yang sudah mengumpul lebih RM2,000 daripada perkhidmatan ucapan tersebut.

Janna Nick

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?