Yana Samsudin akui cuai, anak terima jahitan di kening - Hiburan | mStar

Yana Samsudin akui cuai, anak terima jahitan di kening

Yana mohon maaf pada anak dan suami atas kecuaiannya. Foto Instagram: @yanasamsudin.

PELAKON Yana Samsudin meluahkan rasa kesal atas kecuaiannya sehingga menyebabkan anak sulungnya, Aisy Mateen cedera di bahagian kening.

Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 34, berkata dia tidak menyedari anaknya yang berusia dua tahun itu berlari sehingga terjatuh dan terhatuk kepala di meja kaca.

Menerusi laman Instagram Yana memberitahu insiden tersebut berlaku ketika mereka pulang ke kampung Yong Peng, Perak pada Khamis.

"@aisymateen Mommy minta maaf sangat malam semalam. Tak jaga Mateen dengan baik. Minta maaf @fadzilzahari.

Anak Yana terima beberapa jahitan di kening.

"Kami balik kampung Yong Peng semalam. Dalam beberapa saat saja mommy tak tengok Mateen, Mateen lari dan jatuh terhantuk meja kaca," katanya.

Yana turut memuat naik foto anaknya yang menerima beberapa jahitan di bahagian kening menerusi laman sosial.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar Mateen cepat sembuh dan ada juga segelintir netizen yang beranggapan insiden itu akan tetap terjadi biarpun anak sudah dipantau dengan baik.

Yana dan anaknya, Aisy Mateen.

"Memang mak akan rasa bersalah sangat bila anak jatuh tapi budak kan tak jatuh memang tak sah. Jaga diri Mateen dan Yana. Semoga cepat sembuh.

"Jangan salahkan diri anda sebab  semua mak sama saja rasa. Kalau dah nak kena tak boleh buat apa walau kita jaga macam mana baik sekalipun," kata netizen.

Yana dan Fadzil Zahari, 34, berkahwin pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 21 Julai 2016.

Yana Samsudin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aliff Aziz hilang 1 juta pengikut

Artikel Lain