“Saya berasa bertuah memiliki awak sebagai isteri” - Ucapan terbaik Fattah buat Fazura - Hiburan | mStar

“Saya berasa bertuah memiliki awak sebagai isteri” - Ucapan terbaik Fattah buat Fazura

Fattah berasa bertuah memiliki Fazura sebagai isterinya.

SEMPENA ulang tahun kelahiran pelakon Nur Fazura ke 35 tahun yang diraikan pada Khamis, suaminya Fattah Amin memberi ucapan istimewa buat isterinya tersayang.

Fattah, 28, berkata dia berasa bertuah kerana memiliki Fazura sebagai suri hidupnya dan menganggap wanita itu adalah anugerah terbaik daripada Allah.

Menurut Fattah, isterinya itu juga telah membawa kebahagian serta kegembiraan dalam hidup mereka.

"Selamat hari lahir kepada isteri @missfazura. Awak adalah anugerah terbaik dari Allah. Saya akan sentiasa berasa bertuah memiliki awak sebagai isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura ke New York, Fattah Amin sambut hari lahir bawah pokok


Ucapan romantik dari Fattah untuk isterinya.

"Awak membawa kebahagian dan kegembiraan kepada saya. Tiada seorang lelaki pun boleh minta isteri yang lebih baik daripada awak. Ratu di hati saya.

"Awak sentiasa penuh dengan aura positif dan mempunyai hati yang baik juga selalu menyokong, baik hati bukan saja pada saya tapi semua orang," tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Wanita Terakhir ini mendoakan segala impian isterinya itu menjadi nyata.

"Awak sentiasa menghormati saya dan sentiasa melayan keluarga saya seperti keluarga awak. Insya-Allah saya akan sentiasa mendoakan kita setiap hari.

Fazura menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 35.

"Semoga Allah melindungi dan merahmati awak dengan kebaikan di dunia dan akhirat. Saya tahu awak akan menjadi seorang ibu yang baik untuk anak-anak kita.

"Semoga segala impian awak menjadi nyata dan saya akan sentiasa berada di sisi awak sampai ke Jannah. Insya-Allah," katanya.

Pasangan itu bernikah pada 27 November tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di Hotel Riz Carlton, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, peminat-peminat Fattah dan Fazura dikejutkan dengan berita pertunangan mereka yang diadakan pada 13 November tahun lalu secara rahsia.

Pasangan ini ditemukan dalam drama Hero Seorang Cinderella dan bermula dari itu, timbullah gosip mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Fazura , Fattah Amin

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain