‘Didi & Friends’ anjur karnival rai kejayaan 1 bilion tontonan - Hiburan | mStar

‘Didi & Friends’ anjur karnival rai kejayaan 1 bilion tontonan

PETALING JAYA: Animasi Didi & Friends menerusi laman YouTube rasminya, ‘Didi & Friends - Lagu Kanak-Kanak’  mencatatkan jumlah tontonan sehingga 1 bilion, sekali gus menjadikannya animasi pra-sekolah pertama yang berjaya mencipta rekod di Malaysia.

Animasi ini turut memperlihatkan jumlah pengikut di YouTube sebanyak 1.2 juta.

Bagi meraikan kejayaan tersebut bersama para peminat, Digital Durian dengan kerjasama Astro bakal mengadakan sebuah karnival terbesar Didi & Friends iaitu ‘Karnival 1 Bilion Didi & Friends’, bertempat di Quill City Mall, Kuala Lumpur selama empat hari berturut-turut bermula pada 14 hingga 17 September 2018.

Ketua Pengarah Ekskutif Digital Durian, Sinan Ismail memberitahu pihaknya teruja untuk menganjurkan karnival itu dengan pelbagai aktiviti pentas dan interaktif serta pelbagai permainan baharu.

"Bukan sahaja permainan, kami turut menitikberatkan pada dekorasi karnival seperti mewujudkan rumah Didi, Nana, Jojo, Pulau Hokey Pokey dan banyak lagi supaya pengunjung yang hadir berasa seolah-olah berada di dunia Didi & Friends," katanya.

Malah Sinan mendedahkan pihaknya akan membawakan Konsert Hora Horey Live 2019 dan Didi & Friends The Movie yang akan ditayangkan pada 2021.

Karnival Didi & Friends akan diadakan pada 14 hingga 17 September 2018.

"Didi & Friends juga telah dialih kepada tujuh bahasa iaitu Bahasa Indonesia, Bahasa Hindi, Bahasa Portugis, Bahasa Thailand dan terbaharu Bahasa Sepanyol, Bahasa Inggeris dan Bahasa Vietnam," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin pula memberitahu animasi itu telah mencipta pelbagai kejayaan sehingga meletakkan jenama Didi & Friends dalam kelasnya tersendiri.

"Saya percaya selepas ini lebih banyak lagi perkara yang akan diteroka oleh Digital Durian untuk terus mengangkat Didi & Friends dan tidak mustahil suatu hari nanti ia akan menjadi produk animasi anak tempatan disegani di peringkat global," katanya.

Putri Yasmin memberitahu pada karnival itu nanti, pelbagai aktiviti serta pertandingan menarik dan menyeronokkan yang sesuai buat seisi keluarga telah diatur buat pengunjung karnival.

Antaranya ‘Karaoke Bersama Didi’, ‘Manicure Bersama Nana’, ‘Bina Bongkah Bersama Jojo’, ‘Petik Buah Di Ladang Pak Atan’, ‘Menari Dan Menyanyi Di Musikal Didi & Friends’, ‘Meet And Greet Didi & Friends’, pertandingan ‘Kostum Didi & Friends’, ‘Hias Kek Bersama Didi & Friends’ dan banyak lagi.

Berita baik buat kanak-kanak, Karnival 1 Bilion Didi & Friends turut menawarkan 100 tunggangan maskot Didi & Friends (Zoomoov) secara percuma selama empat hari karnival berlansung.

Bukan itu sahaja, pengunjung karnival ini khususnya peminat barangan Didi & Friends berpeluang menikmati potongan harga bagi barangan Didi & Friends menerusi promosi ‘Happy Hour’ yang menawarkan sehingga 30 peratus diskaun untuk barangan terpilih.

Selain itu, sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2018, terdapat ‘Online Nationwide Sales Campaign’ yang menawarkan promosi istimewa sehingga 20 peratus diskaun untuk barangan Didi & Friends yang terpilih di platform membeli belah atas talian iaitu Shopee, Lazada, 11 Street, Go Shop dan Toyworld Marketing Online.

Didi & Friends

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut