Anak jawab tohmahan terhadap seniwati Sarimah - Hiburan | mStar

Anak jawab tohmahan terhadap seniwati Sarimah

PERCUBAAN Shahray Zulkifli untuk menghasilkan buku sulungnya disulami pelbagai rintangan hinggakan saat sebelum ia dilancarkan masih ada pihak yang cuba menggagalkan penerbitan naskhah melibatkan seniwati negara, Datuk Sarimah Ahmad.

Itulah antara liku-liku dugaan yang dihadapi anak seniwati itu ketika mahu merealisasikan impian untuk menerbitkan nukilan berjudul - Mak, Inilah Ceritaku...

Menurut Shahray, 49, sepanjang enam bulan proses menghasilkan buku itu, dia berdepan pelbagai cabaran termasuk difitnah kononnya karya berkenaan bakal memburukkan nama pelakon pujaan ramai itu.

"Memang saya hampir putus asa, tetapi memikirkan naskhah ini antara lain untuk menjawab tuduhan liar terhadap mak, maka saya kuatkan semangat bagi memastikan ia diterbitkan.

Foto Sarimah Ahmad yang dirakamkan pada 2011

"Lebih-lebih lagi ada pihak cuba menghalang, namun sebelum pelancaran buku ini minggu lalu keadaan beransur reda dan saya lega kerana mak memberikan restu serta sokongan.

"Alhamdulillah, mak memahami niat saya," kataa peguam syarie yang telah 18 tahun bertugas di Brunei Darulsalam ini kepada mStar Online.

Kata Shahray lagi, pertemuannya dengan seniwati itu baru-baru ini ternyata memberi kelegaan apabila kekusutan dan kegelisahannya selama ini hilang sama sekali.

"Buku ini mengenai rindu dan kasih saya terhadap mak, bahkan tidak ada sedikit pun yang memburukkannya, malahan membela beliau.

"Diharap ia bermanfaat kepada semua yang membacanya," katanya yang sebak ketika berucap pada majlis pelancaran itu apabila mengenangkan pengalaman menulis buku berkenaan.

Sarimah di mata Shahray

Menerusi Mak, Inilah Ceritaku..., dikisahkan mengenai pelakon hebat dalam filem malar segar seperti Madu Tiga dan Ibu Mertuaku yang tidak pernah diketahui umum.

Anak bongsu hasil perkahwinan pertama Sarimah dengan Allahyarham Datuk Zulkifli Ahmad, Shahray menggarapkan perjalanan hidup seniwati itu.

Naskhah itu bukan sahaja mengenai kehidupan Sarimah, malah ia turut menjawab segala tohman negatif dan telahan tidak benar mengenai figura hebat yang kini mencecah usia 76 tahun itu.

Antara kisah yang paling mendapat perhatian dalam buku itu pastinya kemelut rumah tangga serta perceraian Sarimah dengan Zulkifli yang turut memberi kesan terhadap kehidupan zaman kanak-kanak penulis buku tersebut.

Salah satu bahagian buku tersebut menceritakan mengenai kelahiran Shahray sewaktu negara sedang bergolak dek rusuhan kaum sekitar Mei 1969.

Selain berperang nyawa kerana kelahiran songsang Shahray, Sarimah turut berperang dengan emosi kerana kemelut rumah tangganya yang sedang meruncing pada waktu itu.

Namun, ketabahan Sarimah ternyata memberi inspirasi kepada anaknya dalam penghasilan naskah setebal 153 muka surat ini.

Biarpun kelihatan hebat di kaca televisyen pada waktu itu, Sarimah tidak terlepas menghadapi ujian hidup yang mungkin tidak mampu untuk ditempuhi insan-insan lain.

Dia turut berhadapan isu perebutan anak. Lebih perit, mahkamah menetapkan Shahray diletakkan di bawah jagaan bekas suami seniwati itu.

Peristiwa itu lantas membawa kepada salah satu bahagian dalam buku ini yang cukup meruntun emosi pembaca.

Manakan tidak, kisah sambutan raya Sarimah yang akhirnya ditemukan seketika dengan anak bongsunya itu digarap begitu sempurna bagi memberi gambaran sebenar bagaimana ia berlaku pada waktu itu.

Jelas Shahray, dia sempat bertemu ibunya beberapa minit dan menjamah ketupat sambil berendam air mata sebelum terpaksa pulang bersama ayahnya.

Tambahnya lagi, ibunya hanya mampu mengalirkan air mata di pintu rumah tatkala menyaksikan perpisahan itu.

Ternyata, ketabahan dan kecekalan Sarimah begitu luar biasa dan cukup dikagumi anaknya sehingga hari ini.

Ia tidak sama seperti bayangan pihak lain yang menganggap kehidupannya penuh glamor dan indah-indah sahaja.

Malah, dia juga tidak terlepas menghadapi detik-detik perit dalam hidup yang menjadikan siapa Sarimah, seniwati yang disayangi ramai hari ini.

Sarimah dan Jins Shamsuddin dalam filem Gerak Kilat

Berkongsi mengenai peribadi Sarimah, Shahray berkata, kehidupan ibunya berbeza sekali dengan tanggapan orang ramai terhadapnya.

“Walaupun orang suka berprasangka buruk, tapi ibu saya selalu solat tahajud, rajin mengaji dan mengamalkan puasa sunat.

“Ada orang buat persepsi mengarut kononnya Sarimah pakai susuk, buku ini menjadi senjata untuk saya menjawab tohmahan terhadap ibu,” ujar Shahray.

Buku Mak, Inilah Ceritaku... karya Shahray diterbitkan oleh Pukat Pikat Press dan dilancarkan di DEKAT Event Space, Sri Permai.

Dalam majlis itu, sebuah lagi buku keluarkan syarikat tersebut, Potret: Warkah Dari Hokaido tulisan Syauqie MK turut dilancarkan.

Kedua-dua buku tersebut boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman sosial Pukat Pikat Press pada harga RM25 sahaja dan ia akan berada di kedai buku dalam negara dalam masa terdekat.

Selain Zulkifli, Sarimah pernah berkahwin dengan Yusof Majid dan Pengiran Hidup.

Shahray , Sarimah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain