Kalau Siti Nurhaliza idam anak lelaki, Tya Ariffin pula mahu anak perempuan - Hiburan | mStar

Kalau Siti Nurhaliza idam anak lelaki, Tya Ariffin pula mahu anak perempuan

JIKA Datuk Seri Siti Nurhaliza mengimpikan untuk memiliki anak lelaki, menantunya pula iaitu Tya Ariffin mengharapkan untuk mendapatkan cahaya mata perempuan.

Menurut Tya, 23, dia dan suami Asyraf Khalid ada cuba mengamalkan beberapa petua selain berdoa agar impian mereka itu dimakbulkan.

"Kami sentiasa menanti rezeki itu dan sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua, kalau boleh nak dapat baby perempuan pula.

Tya dan Asyraf sentiasa bersedia menambah cahaya mata.

"Sejujurnya, kami ada berikhtiar dan ikut petua-petua dahulu yang mungkin boleh membantu untuk dapat anak perempuan, tak salah untuk kami cuba.

"Namun, jika ditakdirkan dapat anak lelaki lagi, saya tak kisah dan terima dengar hati terbuka!," katanya kepada mStar Online.

Tya dan Asyraf, 26, berkahwin di Kuala Lumpur pada 1 November 2015.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung bernama Arif Jiwa Asyraf pada 31 Mac tahun lalu.

Tya dan Arif bersama Siti Nurhaliza dan Siti Aafiyah.

Sementara itu, Asyraf memberitahu isterinya seorang yang sangat mengambil berat soal pemakanan anak lelaki mereka.

Meskipun kini sudah berusia setahun lima bulan, Arif masih menyusu badan dan akan diteruskan sehingga dia berusia dua tahun.

"Tya sangat menjaga soal makan contohnya makan keropok, coklat atau apa-apa yang manis tak boleh. Kalau nak manis, kami bagi makan buah sahaja.

"Sekarang ini Arif masih menyusu badan, susu ibu ni banyak khasiat dan Alhamdulillah kesihatan Arif sentiasa baik," katanya.

Artikel Sebelum

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain