suria

Ruhainies tak dedah kekasih bimbang kena 'curi'

Ruhainies kini bahagia dengan kehidupannya. Foto Instagram @ruhainies7

PELAKON Ruhainies memberi bayangan hatinya sudah dimiliki ketika menjawab soalan secara rawak daripada pengikutnya menerusi fungsi pertanyaan di Instastory.

Ketika ditanya siapakah jejaka yang berjaya menambat hatinya, Ruhainies memberitahu dia akan mendedahkan jejaka istimewa itu untuk tatapan umum.

"Tulah. Finally! Tunggu suatu hari nanti saya akan dedahkan," jawabnya.

Ruhainies menjawab soalan daripada peminat di InstaStory.

Sebelum ini, Ruhainies pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Tazim (JDT), Safawi Rashid namun menegaskan mereka hanya sekadar rakan.

Baru-baru ini dia dikatkan pula sedang mengenali rapat seorang jejaka yang dipercayai ahli perniagaan namun tidak pernah mendedahkan wajah lelaki itu di media sosialnya.

Namun Ruhainies ada memuat naik paparan skrin perbualan romantis dipercayai dengan kekasihnya itu di Twitter.

Ruhainies turut memuat naik paparan skrin perbualan dipercayai dengan teman lelakinya.

Dalam pada itu, menjawab soalan lain, Ruhainies secara bergurau memberitahu dia tidak mahu mendedahkan identiti teman lelakinya itu kerana bimbang ia akan diambil orang.

"Satgi orang curi," katanya ringkas.

Pelakon itu juga memberitahu lelaki budiman adalah ciri-ciri yang dicarinya dalam diri seorang jejaka.

Ruhainies

Artikel Lain