Kongsi foto 'throwback', Janna Nick beri kata-kata semangat untuk diri sendiri - Hiburan | mStar

Kongsi foto 'throwback', Janna Nick beri kata-kata semangat untuk diri sendiri

Janna berkongsi foto ketika dia mengacarakan majlis sambutan hari guru di sekolah.

PELAKON Janna Nick berkongsi beberapa foto ketika usianya dalam lingkungan belasan tahun di laman sosialnya.

Menerusi salah satu foto tersebut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 23, turut memberi kata-kata semangat untuk dirinya.

Biarpun pelakon drama bersiri Semerah Cinta Humairah itu sudah melalui pelbagai cabaran namun dia tidak akan pernah berputus asa.

"Banyak sangat la nak throwback. kalau nak Saya dah melalui banyak dan saya tidak akan mudah berputus asa.

Antara foto Janna ketika berusia 15 dan 16 tahun.

"Saya mungkin akan keletihan tapi saya akan ambil sedikit masa untuk berehat. Bukan berhenti.

"Jangan pernah berputus asa! Beri tumpuan pada matlamat anda," tulis Janna.

Tambah pengacara program Melodi ini, peminat hanya mengenali personalitinya sebagai Janna Nick namun dia lebih mengenali dirinya.

"Kamu semua kenal Janna Nick tapi saya lebih mengenali baik Nurul Jannah," katanya.

Janna Nick.

Dalam pada itu, Janna juga pernah melakukan kerja sampingan yang dibayar RM4 untuk satu jam di sebuah kedai barang perhiasan ketika masih bersekolah.

Malah, sebelum bergelar seorang pengacara TV, dia pernah menjadi mengendali majlis sambutan hari guru di sekolah.

"Dulu balik sekolah sambung kerja kedai barang perhiasan dekat KL Festival Mall (sekarang setapak central).

"Satu jam RM4 kerja sampingan. Sebelum saya jadi pengacara Melodi, saya jadi emcee majlis guru sekolah," ujarnya.

Janna Nick

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini