suria

RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari, Hantu Kak Limah pecah rekod lagi!

Antara babak yang menarik dalam HKL.

PETALING JAYA: Filem Hantu Kak Limah (HKL) masih membuktikan kejayaannya dengan kutipan pecah panggung RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari.

Filem itu bukan sahaja memecah rekod kutipan paling tinggi di Malaysia, malah turut menjadi penanda aras baru dalam industri perfileman negara.

Pihak Penerbit Eksekutif, Dato’ Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim tidak menjangkakan filem itu akan mencapai kejayaan luar biasa.

Filem arahan Mamat Khalid ini juga mampu bersaing dengan filem luar negara bagi pasaran Malaysia.

HKL masih mendapat sambutan yang menggalakkan.

Malah, HKL turut meriah diperkatakan di laman sosial oleh penonton dari pelbagai lapisan usia dan latar belakang yang terhibur dengan naskhah ini.

Lebih menarik, ada yang menobatkan filem ini sebagai filem hiburan sekeluarga.

Hantu Kak Limah dibarisan pelakon terkenal seperti Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May dan ramai lagi.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini turut menampilkan pelakon Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan Jue Aziz turut muncul sebagai tetamu istimewa

Hantu Kak Limah

Artikel Lain