suria

Atikah Suhaime persiap diri bergelar isteri tapi bukan bab masak!

Atikah Suhaime sedang mempersiapkan diri untuk bergelar isteri tahun hadapan.

BAKAL melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Awi Rafael tahun hadapan, aktres Atikah Suhaime tidak bimbang untuk melakukan tugas sebagai seorang isteri terutamanya soal memasak.

Ini kerana kata pelakon kelahiran Singapura ini, dia sudah terbiasa dengan tugas tersebut kerana sejak berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi pelakon beberapa tahun lalu dia sering memasak di rumah.

"Tinggal di Kuala Lumpur saya jarang makan di luar kerana lebih suka memasak sendiri di rumah jika tiada komitmen kerja.

"Mula-mula dahulu ibu saya jadi mangsa kerana jika ingin memasak sesuatu saya akan telefonnya untuk minta resepi dan cara memasak selain belajar dari Youtube.

"Alhamdulillah lama-kelamaan saya semakin terbiasa dan dari situ kebolehan memasak semakin baik... Insya-Allah selepas berkahwin nanti tiada masalah hendak ke dapur," katanya.

Atikah dan Awi bakal berkahwin pada 17 Mac depan.

Atikah dan Awi bakal melangsungkan perkahwinan pada 17 Mac tahun hadapan di Singapura.

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan 17 Mac lalu.

Dalam pada itu, Atikah berkata, selain sedang sibuk melakukan persiapan untuk hari bersejarahnya itu dia juga giat mempersiapkan dirinya untuk bergelar isteri.

Kata Atikah, ini termasuk memperbaiki dirinya ke arah lebih baik selain mengambil peluang untuk mengenali pasangan dengan lebih baik.

Dalam perkembangan lain, Atikah memberitahu dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah filem di Indonesia berjudul Anatologi Rasa dan My Stupid Boss 2 yang menggandingkan dirinya bersama Bunga Citra Lestari.

"Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan semakin murah selain banyak tawaran daripada produksi di Indonesia," katanya.

Atikah Suhaime, Awi Rafael

Artikel Lain