Habis RM45,000 untuk wajah seperti Hael Husaini? Adam Zainee beri penjelasan - Hiburan | mStar

Habis RM45,000 untuk wajah seperti Hael Husaini? Adam Zainee beri penjelasan

Perbandingan wajam Adam (kiri) dan Hael Husiani. Sama ke tak?

GARA-GARA membuat pengakuan melakukan pembedahan plastik RM45,000 untuk memiliki wajah seperti penyanyi Hael Husaini pemuda bernama Adam Zainee menerima kecaman.

Rata-rata mereka mengatakan individu tersebut sengaja mahu menggunakan populariti Hael untuk menjadi terkenal.

Ketika dihubungi mStar Online, Adam, 20, memberitahu pengakuannya itu hanyalah sekadar sindiran untuk netizen.

Menurutnya, dia tidak melakukan sebarang pembedahan untuk kelihatan seperti Hael namun hanya mengenakan solekan dan penampilan seperti penyanyi itu.

"Status itu tidak benar. Saya tidak melakukan sebarang pembedahan plastik pun hanya semata-mata nak nampak wajah seperti Hael.

Adam berkongsi gambar wajahnya ketika zaman  remaja (foto kiri) dan imej terkini.

"Apa yang saya tulis itu hanya sekadar sindiran untuk netizen yang tak habis-habis kata saya sengaja nak tiru dan mahu menggunakan populariti Hael.

"Sebenarnya, ia hanya teknik solekan yang menampakkan wajah saya seperti dia. Selain, penampilan yang lebih kurang sama," katanya.

Tambah Adam lagi, dia tidak ada niat untuk meniru gaya Hael namun menjadikan penyanyi lagu Jampi itu sebagai idola dalam bidang seni.

Malah, jejaka yang berasal dari Pontian Johor ini memberitahu dia berminat untuk ceburi bidang lakonan.

"Saya bukan mahu tiru penampilan Hael tapi jadikan dia sebagai idola dalam industri seni. Apa yang saya gayakan hanya mengikut trend fesyen terkini.

Biarpun menerima kecaman namun tetap ada yang ingin bergambar dengan Adam.

"Dia juga merupakan sumber inspirasi untuk saya ceburi bidang seni. Saya kagum dengan perjalanan karier seni dia.

"Saya sangat berminat untuk menjadi seorang pelakon. Ada juga cuba beberapa uji bakat tapi belum ada rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Adam mengambil kecaman netizen itu sebagai persediaannya untuk melangkah masuk dalam industri.

"Saya tak kisah pun dengan kecaman netizen. Yang positif saya ambil dan yang negatif saya hiraukan sahaja.

"Kiranya kecaman itu sebagai persediaan dan pertahanan untuk saya memasuki dunia seni," katanya.

Hael Husaini , Adam Zainee

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain