"Henti spekulasi, ada hati perlu dijaga" - Ruhainies - Hiburan | mStar

"Henti spekulasi, ada hati perlu dijaga" - Ruhainies

Ruhainies mendedahkan dia kini sedang mengenali rapat dengan seseorang.

PELAKON Ruhainies meminta netizen berhenti membuat spekulasi mengenai hubungan dia dan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Tazim (JDT), Safawi Rashid.

Ruhainies, 26, berkata dia tidak mahu disebabkan gosip tidak benar, persahabatannya dengan Safawi bertukar menjadi musuh.

"Biar pi la dia nak bercinta dengan siapa pun. Dia pun ada perasaan juga. Bagi la peluang. Hampa duk marah dia pasaipa (kenapa).

"Sudah-sudah la tu buat spekulasi. Janganlah sebabkan benda macam ni kejap lagi persahabatan pun kemana. Jadi musuh ke apa ke.

ARTIKEL BERKAITAN: “Betul Safawi bagi bunga tapi...” – Ruhainies


Ruhainies memuat naik status bagi menjelaskan situasi sebenar.

"Kesianlah dekat dia dengan kekasih dia. Nanti depa (mereka) tertekan. Cuba bagi ruang. Biar la nak berkawan dengan siapa pun," kata Ruhainies.

Ruhainies menjelaskan perkara itu menerusi laman Twitter selepas netizen membuat andaian dia cemburu melihat Safawi memuat naik foto bersama kekasihnya di laman sosial.

Tambah pelakon drama Tak Ada Cinta Sepertimu itu, dia sudah berulang-kali menjelaskan status hubungannya itu sekadar kawan sahaja.

Namun segelintir netizen yang menjadi batu api sehingga menyebabkan perkara tersebut semakin keruh.

"Kadang-kadang netizen yang suka buat teruk. Jadi batu api. Padahal tak ada apa pun. Kami selebriti, mungkin sebab tu jadi perhatian tapi kena la faham.

Ruhainies tidak kisah Safawi mahu bercinta dengan mana-mana wanita.

"Banyak kali dah duk habaq (beritahu), kami kawan saja. Tak ada masa nak ber-feeling. Kita kawan sudah na," ujarnya.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Nur Risteena ini memberitahu sebagai kawan tidak salah untuk menyokong satu sama lain.

Menurutnya, dia ada ramai kawan dan tidak semestinya perlu bercinta. Malah, Ruhainies mengakui dia kini sedang mengenali rapat dengan seseorang.

"Kami punya ada 'hati nak kena jaga'. Harap semua faham la naaa," ujarnya.

Sebelum ini menerusi laporan mStar Online pada 19 Julai lalu, Ruhainies mendedahkan ada menerima bunga daripada Safawi namun hubungan mereka setakat berkawan.

Ruhainies

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain