4 tahun jadi ibu tunggal, Dynas masih cari kesesuaian bergelar isteri - Hiburan | mStar

4 tahun jadi ibu tunggal, Dynas masih cari kesesuaian bergelar isteri

Dynas Mokhtar

KUALA LUMPUR: Pelakon Dynas Mokhtar masih menyesuaikan diri dengan status baharunya sebagai isteri kepada Shazrik Din yang disatukan sejak April lalu.

Ini kerana kata Dynas, empat tahun bergelar ibu tunggal membuatkan dia sudah terbiasa menjalani kehidupan tanpa seorang suami dan perlu mendapatkan kembali momentum hidup berpasangan.

“Alhamdulillah hidup berkahwin sangat bagus! Jujurnya saya masih dalam proses membiasakan diri adanya seorang suami di rumah.

“Empat tahun bersendirian jadi saya sudah mula terbiasa dengan kehidupan solo bersama anak-anak.

“Apabila mempunyai suami, saya perlu sedikit masa untuk sesuaikan diri bagi menjalankan tugas sebagai seorang isteri,” katanya.

Dynas bersama suami tersayang. FOTO: Instagram Dynas.

Dynas ditemui pada majlis pelancaran Skuad Selebriti Shopee yang diadakan pada Rabu.

Menerusi portal beli-belah itu, Dynas memperkenalkan jenam fesyen penyusuan bayi iaitu DNA by Dynas.

Dalam pada itu, Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 34, berkata, dia paling gembira apabila dua anaknya bersama bekas suami menerima Shazrik sebagai bapa baharu mereka.

Katanya, perkara itu paling penting kerana dia tidak mahu ada jurang di antara mereka dan bersyukur anak-anaknya menyenangi kehadiran Shazrik.

“Paling penting untuk saya apabila mengambil keputusan berkahwin semula adalah anak-anak terima dan Alhamdulillah mereka gembira,” jelasnya.

Dynas sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 sebelum bercerai pada 25 Februari 2014.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6 tahun.

Dynas Mokhtar

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Henti siasat empat suspek MH17