suria

“Aku bakal jadi daddy!” - Rody (Kristal) teruja isteri hamil

Rody Kristal memberitahu isterinya sedang hamil anak pertama mereka. Foto Instagram @rodykristal

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody mendedahkan dia bakal bergelar seorang bapa tidak lama lagi selepas isterinya, Nur Izwani Azman kini sedang hamil anak pertama mereka.

Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 32, menerusi Instagram meluahkan rasa syukur atas berita gembira itu dan tidak menyangka bakal bergelar seorang bapa.

"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, syukur pada Allah aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi.

"Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku, di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak," katanya.

Rody dan Nur Izwani yang juga pengaja gol futsal kebangsaan berkahwin pada 27 April lalu di Kulai, Johor.

Nur Izwani dan Rody bakal bergelar ibu-bapa tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Rody memberitahu isteri dan kandungannya berada dalam keadaan baik selain turut meminta pengikutnya di Instagram mendoakan Nur Izwani agar tabah dan kuat sepanjang kehamilannya.

Rody turut memberitahu dia dan isteri tidak sabar untuk menerima kehadiran orang baharu dalam hidup mereka.

"Doakan kandungan isteriku dan anakku sihat... Moga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy...!

"Baby jangan nakal-nakal ya.. rehat elok-elok kat dalam dulu ok... Insya_Allah nanti keluar kita pergi jalan-jalan. Syukur Alhamdulillah... #mamabolobolo #papabolobolo," tulisnya.

Rody turut berkongsi video isterinya sedang menjalani pemeriksaan ultra bunyi dan pasangan itu kelihatan teruja apabila melihat bayi mereka yang bergerak aktif.

Rody Kristal, Nur Izwani

Artikel Lain