suria

Syafiq Kyle dah sedia jawab soalan

Syafiq sudah biasa dengan pertanyaan soal jodoh. Foto LOW BOON TAT.

APABILA tiba hari raya dan seluruh keluarga berkumpul di kampung halaman sudah pasti soalan berkaitan jodoh akan timbul.

Bagaimanapun, pelakon Syafiq Kyle sudah bersiap sedia untuk menjawab sebarang soalan mengenai jodoh.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, berkata dia menganggap saudara-mara yang bertanya hanya ingin mengajaknya berborak.

"Setiap kali saya terima soalan itu, saya akan jawab yang saya masih muda. Lagipun saya dah biasa dengan soalan tu.

"Kadang-kadang tak ada soalan yang nak ditanya cuma makcik atau pakcik nak ajak berborak sahaja.

Syafiq menjawab soalan berkaitan jodoh secara berjenaka.

"Kalau waktu saya penat pun saya akan layan juga tapi secara berjenaka. Tak ambil serius sebab kalau serius tu yang buat saya marah," katanya kepada mStar Online.

Pelakon drama bersiri Nur ini menyambut hari raya Aidilfitri di kampung halamannya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurut Syafiq, dia hanya membuat persiapan hari raya dari segi perbelanjaan makanan memandangkan setiap tahun keluarganya mengadakan jamuan hari raya.

"Saya tak ada buat persediaan hari raya untuk diri sendiri. Sebab setiap tahun akan balik kampung.

"Saya cuma sediakan dari segi makanan sahaja. Bila raya di kampung, keluarga akan buat jamuan untuk saudara mara," ujarnya.

Syafiq akan bercuti selama sebulan bersempena Aidilfitri.

Dalam pada itu Syafiq berkata dia akan bercuti selama sebulan selepas sambutan hari raya.

Syafiq memilih untuk bercuti lama bagi menyiapkan diri sebelum memasuki set penggambaran baharu.

"Selepas raya saya akan bercuti lama. Saya pilih untuk bercuti tu pun sebab nak buat persiapan masuk set penggambaran lain.

"Saya akan cuti selama sebulan dan insya-Allah bulan Ogos nanti baru saya akan mula penggambaran drama baharu," katanya.

Syafiq Kyle

Artikel Lain