Foto bersama Tun M, netizen puji Sheila cantik berhijab - Hiburan | mStar

Foto bersama Tun M, netizen puji Sheila cantik berhijab

Sheila bersama Tun M dan Tun Siti Hasmah

FOTO yang dimuat naik penyanyi Datuk Sheila Majid bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat perhatian netizen pada malam Sabtu.

Sheila, 54, yang berpeluang berbuka dan menunaikan solat tarawih bersama perdana menteri itu dipuji kelihatan anggun memakai hijab tanpa sebarang solekan di wajahnya.

"Alhamdulillah dapat berbuka puasa & berterawih dengan Tun Mahathir lagi. Looking good Sir! May Allah SWT bless you with abundance of good health & keep you safe (Semoga Allah SWT memberkati anda dan memberi kesihatan yang baik & menjaga anda dengan selamat. #janganjealous" tulisnya di Instagram.

Foto yang dimuat naik Sheila pada malam Sabtu.

Rata-rata netizen menyifatkan penyanyi lagu Sinaran itu lebih sopan dan berharap terus mengekalkan penampilan sedemikian.

Sheila mengayakan jubah dan tudung berwarna hitam pada sebuah majlis berbuka puasa tersebut. 

Pada masa sama, penyanyi itu turut memuat naik foto bersama isteri perdana menteri iaitu Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar Sheila menyanyikan lagu khas buat Tun M seperti mana lagu Lagenda yang pernah ditujukan buat Tan Sri P Ramlee.

Tun M , Sheila Majid

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain