suria

Malang hidup Sherry! Selepas kedai dipecah masuk, tudung pula dicuri

Sherry kerugian RM35,000 akibat kecurian dialaminya.

MALANG bertimpa! Itulah nasib pelakon Sherry Ibrahim selepas pejabat dimasuki pencuri dua minggu lalu, dia sekali lagi ditimpa musibah apabila tiga kotak tudung jenama Sherry Scarves pula hilang.

Sherry, 34, berkata, dia dimaklumkan oleh pekerjanya bahawa tiga daripada 21 kotak tudung hilang ketika dalam perjalanan.

“Baru dua minggu lepas lapan telefon di pejabat kena curi, hari ini pula kes lain.

“Petang tadi dapat call saya diberitahu tiga kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung hilang dalam perjalanan ke kedai. Kotak-kotak selebihnya berada dalam keadaan basah,” ujarnya.

Sherry mendedahkan perkara itu di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Sherry menganggap ia sebagai dugaan mencari rezeki halal. -Foto IG Sherry Ibrahim

Dia turut memuat naik laporan polis yang dibuat Balai Polis Bukit Puchong, pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis.

Sherry turut mendedahkan kehilangan 312 helai tudung yang anggarkan kerugian kira-kira RM35,000.

Pelakon Syurga Yang Kedua ini mengakui reda dengan malang tersebut dan menganggap ia sebagai dugaan mencari rezeki yang halal.

“Tak semua orang sanggup nak susah untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin itu cara segelintir orang untuk hidup senang,” ujarnya.

Pada 14 Mei lalu, pejabat jualan dalam talian Sherry Scarves dipecah masuk individu tidak bertanggungjawab.

Dalam kejadian itu, sebanyak sembilan telefon bimbit yang menyimpan data pelanggan hilang dikebas pencuri.

Sherry Ibrahim

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain