Buat kaki temberang, Ayda Jebat ada sesuatu untuk anda! - Hiburan | mStar

Buat kaki temberang, Ayda Jebat ada sesuatu untuk anda!

Ayda Jebat bakal muncul dengan single terbaharunya selepas Hari Raya Aidilfitri.

PELAKON Ayda Jebat mendedahkan dia sedang bekerjasama dengan penyanyi dan komposer Hael Husaini dan Ezra Kong untuk single terbaharunya yang berjudul Temberang.

Ayda berkata, dia teruja dengan kerjasama tersebut yang memperlihatkan dia turut menyumbangkan lirik dan melodi Temberang.

"Insya-Allah saya akan tampil dengan single baru hasil kerjasama dengan Hael Husaini dan Ezra Kong selepas Aidilfitri.

"Saya masih mengekalkan konsep lagu rancak malah sebenarnya tak sabar hendak lancarkan lagu ini supaya dapat ditujukan kepada kaki 'temberang'," katanya.

Sebelum ini Ayda pernah tampil dengan lagu seperti Siapa Diriku, Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal, Mata dan Bagaikan Pelangi.

Hael Husaini.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia akan berehat daripada dunia lakonan selama tiga bulan selepas sambutan hari raya bagi membolehkan dia memfokuskan kepada pelancaran Temberang.

"Kalau boleh nak lancarkan lagu itu sekarang tetapi sedari bulan Ramadan dan Syawal akan lebih banyak lagu raya diputarkan jadi kami tangguh dahulu.

"Insya-Allah selepas raya lagu ini akan dilancarkan dan saya akan berehat sekejap dari lakonan untuk pelancaran dan promosi lagu ini," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ayda berkata, sepanjang Ramadan dia akan berada di set penggambaran drama berjudul Cinta Bukan Kristal sebelum bercuti untuk hari raya.

Ayda Jebat

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain