suria

Elaine Daly timang cahaya mata kedua

Elaine selamat lahirkan bayi perempuan kedua.

PETALING JAYA: Pelakon dan model Elaine Daly telah selamat melahirkan bayi perempuan pada Jumaat.

Elaine, 41, dan suaminya, Nick Borden berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya.

Pelakon Apa Dosaku ini meluahkan rasa gembira atas kelahiran anak perempuan kedua yang diberi nama Mia Alice Boden.

"Kami sangat gembira ingin mengumumkan nama anak perempuan kedua iaitu Mia Alice Boden," tulis Elaine.

Wajah anak perempuan kedua Elaine yang diberi nama Mia Alice Boden.

Bagaimanapun, Elaine tidak memberi informasi lebih lanjut mengenai kelahiran keduanya itu.

Menerusi laman Instagram suaminya memuat naik beberapa foto wajah anak mereka.

Rata-rata pengikut mereka di laman sosial mengucapkan tahniah dan memuji wajah Elaine yang sentiasa cantik.

"Tahniah! Tepat pada waktunya! Baby is so cute and mama is pretty as usual!


Elaine dan anak pertamanya, Eva Jean Boden.

"Tahniah kak. Semoga akak jaga kesihatan dan menjaga permata akak sebaik mungkin. Love you sis.

"Tahniah kepada awak berdua. Dia sangat cantik seperti ibunya," tulis beberapa orang pengikut di laman sosial.

Elaine berkahwin dengan doktor berasal dari Afrika Selatan itu pada 4 Disember 2014.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung bernama Eva Jean Boden, 3 pada 2015.

Elaine Daly

Artikel Lain