Fathia Latiff dulu dicaci kini dipuji kerana sokong Tun M - Hiburan | mStar

Fathia Latiff dulu dicaci kini dipuji kerana sokong Tun M

Fathia percaya ada hikmah disebalik keperitan yang dilaluinya dan percaya rezeki datang daripada Allah SWT.

PELAKON Fathia Latiff pernah mengalami kemurungan yang teruk akibat dikecam dan dicaci selepas menunjukkan sokongan terhadap perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad suatu masa dahulu.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata dia bersyukur apabila keperitan yang dilaluinya sudah berakhir dan berharap tiada sesiapa yang akan melalui pengalaman yang sama.

"Saya pernah alami kemurungan yang teruk sebab bukan seorang dua yang hentam tapi beribu-ribu orang. Ketika itu saya tidak faham apa salah saya.

Netizen puji Fathia sentiasa menyokong Tun Dr Mahathir.

"Luahan saya di laman sosial itu disebabkan terlalu kagum dan minat dengan Tun Dr Mahathir. Tidak niat untuk memasuki dunia politik pun.

"Saya percaya semua yang terjadi ada hikmah dan alhamdulill, Allah membantu dan keluarga pun beri sokongan.

"Saya berharap dan berdoa agar tidak ada sesiapa yang akan lalui keperitan seperti saya," kata Fathia kepada mStar Online.

Sebelum ini, Fathia dilihat lantang bersuara memberi pendapat dan sokongan kepada Tun Mahathir yang ketika itu memihak kepada pembangkang.

Fathia tidak mahu sesiapa melalui keperitan sepertinya.

Namun, Fathia kini dipuji netizen selepas kemenangan gabungan parti politik Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) yang diumumkan pada Khamis.

Kata Fathia, dia ada perancangan untuk menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang dalam masa terdekat.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah kerana mengurangkan bebanan dan memakbulkan doa saya.

"Saya ikhlas mengagumi Tun M dan terlalu teruja pernah temu bual beliau. Insya-Allah dalam masa terdekat ini, saya ada rancang nak sambung belajar.

Fathia ingin menyambung pelajaran.

"Bagi saya, ilmu pengetahuan itu penting dan selain itu kena juga belajar mengenai ilmu agama Islam," ujarnya.

Dalam pada itu, Fathia berharap kewujudan akta undang-undang yang tidak membenarkan rakyat Malaysia terutama golongan belia menggunakan kata-kata kesat di laman sosial.

"Kita perlu wujudkan akta undang-undang yang tidak boleh menggunakan kata-kata tidak elok di laman sosial.

"Bagi kesedaran kepada rakyat Malaysia terutama golongan belia. Kita ni lantang bersuara, macam saya juga tapi kena belajar untuk menjadi lebih baik.

"Perlu tahu batas-batas bagaimana nak mengatakan sesuatu di laman sosial," katanya.

Fathia Latiff

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Anda boros? Apa kata cuba 5 cara ini