suria

Ucapan tahniah selebriti tempatan buat Tun M

Antara selebriti tempatan yang memuat naik foto kenangan bersama Tun Dr Mahathir.

KEMENANGAN gabungan parti politik menerusi Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) telah mencipta sejarah baharu buat negara ini.

Berdasarkan keputusan yang dicapai, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi mandat untuk kembali menduduki kerusi perdana menteri selepas 15 tahun meletak jawatan.

Golongan selebriti tempatan turut meluahkan rasa bersyukur atas kemenangan tersebut menerusi laman Instagram masing-masing.

Emma memuat naik status panjang mengenai kemenangan Tun Dr Mahathir.

Pelakon Hairul Azreen memuat naik video kenangan pertemuan kali pertama dengan bekas perdana menteri yang keempat ketika sedang bercuti di London pada 2016.

"We love you Tun Mahathir. Terima kasih Tun @chedetofficial. Video ni 23 September 2016. London.

"Tarikh yang saya tak akan lupa. Idola saya selamanya. Tun contoh terbaik untuk saya. #TheBestNeverRest," tulis Hairul. 

Siti Nurhaliza memuat naik foto Tun Dr Mahathir ketika sidang media pengumuman kemenangan PH.

Pelakon cantik Emma Maembong juga menganggap pemimpin berusia 93 tahun itu telah membuktikan strateginya adalah tepat seperti yang dijangka.

"Tahniah kepada perdana menteri baharu Tun @chedetofficial selamat kembali ke Putrajaya. Alhamdulillah Allah makbulkan doa kita semua.

"Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah mengundi Pakatan Harapan. Anda semua telah berjaya membina kerajaan baru.

Kenangan pertama kali Fathia melakukan temu bual bersama Tun Dr Mahathir.

"Tun telah membuktikan strategi beliau menyertai PH adalah tepat seperti yang telah dirancang. Kejayaan ini adalah untuk generasi sekarang dan akan datang," katanya.

Pasangan suami isteri, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah tidak melepaskan peluang memuat naik foto kenangan bersama Dr. Mahathir.

"Tun ingin memulihkan,  mahu kita bersama Tun. Sekarang telah terbukti kami telah tunaikan permintaan Tun supaya kami bersama Tun.

Caprice bertemu dengan Tun Dr Mahathir ketika mempromosikan aplikasinya Classruum.com.

"Alhamdulillah apa yang Tun hajatkan dan apa yg kami mahukan telah pun dimakbulkan Allah.

"Moga Allah permudahkan segala urusan Tun. Moga Tun dapat selamatkan anak cucu kami... Jadikanlah kami rakyat yang senang seperti satu ketika dulu," kata Sarah.

Selain mereka, antara selebriti tempatan yang turut meluahkan perasaan yang sama adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Sheila Majid, Ajak Shiro, Fathia Latiff dan Caprice.

Artikel Lain