“Naik gunung tak kelakar…” Nabila Huda gagal tawan puncak Kinabalu - Hiburan | mStar

“Naik gunung tak kelakar…” Nabila Huda gagal tawan puncak Kinabalu

Nabila Huda kecewa tidak dapat bersama bapa dan anaknya.

PELAKON Nabila Huda meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat meneruskan pendakian bersama anak dan suaminya ke puncak gunung Kinabalu.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 33, berkata, dia mengalami altitude sickness (penyakit ketinggian) ketika kira-kira hanya berbaki tiga kilometer untuk sampai ke puncak.

"Sangat-sangat menyedihkan apabila saya tidak dapat ke puncak, hanya tiga kilometer sahaja tetapi saya gagal.

"Altitude sicknes, kepala pening macam nak pecah, lutut dah kejang, demam pulak ni," ujarnya di Instastory pada Jumaat.

Anak kepada penyanyi rock Amy Search ini bersama suaminya Mohd Izwan Johar dan anaknya Keisha Laila, 8, memulakan pendakian gunung Kinabalu pada pagi Khamis.

Nabila Huda meluahkan rasa kecewa di laman sosial Instgaram.

Pelakon drama Dendam Aurora ini mengakui dia tidak bersedia dan mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk mendaki gunung tersebut.

Ujarnya, membuat keputusan mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu itu adalah bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main.

"Sumpah naik gunung Kinabalu tidak kelakar langsung, jalan dia memang epik gila, mental dan fizikal kena kuat, saya tidak kuat.

"Saya rasa sangat emosi sekarang ini sebab rasa loser gila," katanya.

Bagaimanapun, Nabila berkata, anak dan suaminya masih meneruskan pendakian menuju ke puncak.

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa malim gunung yang memberi bantuan keselamatan dan membawanya turun.

"Terima kasih kepada guide yang bawa saya turun bawah dan memberi bantuan kecemasan," ujarnya.

Sebelum ini bapanya Amy berjaya dalam pendakian sehingga ke kem pangkalan Annapurna di Nepal.


Nabila Huda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain