Kutip RM6.2 juta, ‘Dukun’ bukan hanya ditonton orang Melayu - Hiburan | mStar

Kutip RM6.2 juta, ‘Dukun’ bukan hanya ditonton orang Melayu

Umie gembira filem Dukun berjaya menarik perhatian penonton berbilang kaum untuk menonton di pawagam. Foto: AHMAD ZAMIR.

PELAKON Datin Seri Umie Aida meluahkan rasa gembira apabila filem Dukun berjaya menarik rakyat Malaysia berbilang kaum ke pawagam sehingga ia mencatatkan kutipan 6.2 juta setakat ini.

Umie berkata kekuatan filem tersebut bukan hanya padanya sahaja tetapi semua yang terlibat dalam pembikinankarya itu berjaya memainkan peranan penting.

"Saya seperti menantikan kelahiran bayi selama 12 tahun. Rasa seronok apabila orang melihat hasil kerja kita. Bagi saya, Dukun mempunyai keistimewaan.

"Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat sebab bukan sahaja masyarakat Melayu tapi penonton berbilang kaum yang pergi menonton di pawagam. Ini adalah filem Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Umie Aida nyaris terkena histeria, menangis keluar dari Penjara Pudu

Dukun mencecah kutipan RM6.2 juta dalam masa empat hari.

"Kekuatan filem Dukun ada pada semua yang terlibat. Mereka memainkan peranan yang sangat penting, bukan saya seorang sahaja," kata Umie kepada mStar Online.

Filem terbitan Astro Shaw itu telah mencatat kutipan sebanyak RM6.2 juta selepas empat hari ditayangkan bermula 5 April lalu di 133 pawagam seluruh negara termasuk Brunei.

Tambah Umie lagi, perjalanan filem arahan Dain Said yang penuh misteri itu membuatkan penonton teruja untuk mengetahui pengakhiran cerita tersebut.

"Cerita Dukun penuh dengan misteri. Begitu juga dengan perjalanan filem itu setelah 12 tahun baru dapat ditayangkan di seluruh pawagam. Orang nak tahu dan mencari misteri itu," ujarnya.

Umie tidak letak sasaran kutipan yang banyak.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon dan pengarah Erma Fatimah ini tidak meletakkan sebarang sasaran dalam mendapatkan jumlah kutipan yang banyak.

Umie turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan dan menyokong filem itu.

"Sebelum ini pernah diharamkan tayangan dan saya terus tak letak harapan apa-apa. Tapi apabila sekarang dapat ditonton, saya rasa sangat bersyukur.

"Respons daripada penonton pun sudah mencukupi bagi saya. Jadi, saya tak letak sebarang sasaran untuk dapatkan kutipan yang banyak.

Barisan pelakon dan pengarah Dain Said (tengah).

"Paling utama, saya nak ucapkan terima kasih pada pihak pemasaran yang membuat promosi filem ini dalam masa yang singkat serta semua yang menyokong," katanya.

Dukun sebelum ini diharamkan tayangannya pada Disember 2006 selepas Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) membuat keputusan itu kerana jalan ceritanya yang dianggap kontroversi.

Selain Umie yang memegang watak sebagai Diana Dahlan, Dukun turut membariskan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Elyana.

Umie Aida , Dukun

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain