suria

Hijrah Awi Rafael Pada 2018

Awi akui tahun 2018 merupakan tahun penghijrahannya. Foto: SYAZANA ABD SHUKUR.

PENYANYI Awi Rafael menganggap 2018 merupakan tahun penghijrahannya dari segi peribadi dan karier.

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael, 32, berkata dia berasa teruja dapat memperbaharui diri dan muzik yang lebih baik.

"Saya rasa tahun ini merupakan tahun penghijrahan saya dari segi peribadi, muzik dan album baru yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

"Selepas lagu Manusia Sempurna diterima baik, saya rasa sangat positif. Ramai peminat yang minta untuk saya buat lebih banyak lagu seperti itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Awi Rafael Kenal Atikah Sewaktu Menjadi Kekasih Hanez Suraya

"Saya pun dah berhijrah ke arah yang lebih baik. Insya-Allah tahun ini saya boleh memperbaharui diri dengan muzik saya," kata Awi kepada mStar Online.


Awi kini lebih berfikiran positif.

Awi mula mencipta lagu kearah ketuhanan pada tahun 2015 menerusi lagu Manusia Sempurna nyanyian bersama Ayai Illusi.

Kemudian, penyanyi berasal dari Singapura itu bergandingan dengan pasangan duet program Duo Star, Kaka Azraff menerusi lagu Ada JalanNya pada tahun lalu.

Tambah Awi, dia ingin mempelajari lebih mendalam mengenai agama Islam dan berharap golongan muda akan turut mengikut jejaknya.

"Kawan-kawan dah tahu saya tulis lagu dan perlahan-lahan lagu saya ke arah yang baik. Kita pun semakin berusia, makin belajar.

"Saya nak tunjuk kepada semua orang, kalau Awi Rafael pun nak mempelajari lebih tentang agama, Insya-Allah, kawan-kawan yang muda pun akan turut serta," ujarnya.

Barisan peserta Gema Gegar Vaganza musim kedua.

Dalam pada itu, Awi bakal berentap di pentas program Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV) yang akan bermula pada 31 Mac ini.

Kata Awi, dia mewakili golongan lebih muda dalam menyampaikan lagu berunsur Islamik tetapi dengan cara lebih moden.

"Saya sangat teruja apabila pihak Astro menawarkan untuk sertai program GGV musim kali ini.

"Program ini sesuatu inisitif yang baru untuk anak-anak muda mendengar lagu ketuhanan versi moden," katanya.

GGV akan mula bersiaran secara langsung selama tujuh minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

Artikel Lain