suria

RM30,000 Menanti Pendengar 'Lagu Berduit Suria'

Rebut RM30,000 dalam segmen khas yang dikendalikan penyampai Suria.

PETALING JAYA: Pendengar Suria pastinya sudah menghafal lagu yang sering disiarkan juruhebah di stesen itu kerana wang sebanyak RM30,000 bakal menanti pemanggil bertuah.

Zaman sekarang bukannya mudah untuk mendapatkan wang jadi peluang yang diberikan stesen radio Suria seharusnya direbut sebaiknya.

Caranya senang sahaja, dengarkan klip audio 'Lagu Berduit Suria' yang akan dimainkan menerusi segmen Suria Pagi, Gaya Suria, Waroong Suria dan Suria Petang pada setiap hari.

Setelah klip audio dimainkan, pemanggil terpantas yang menghubungi talian 03-77242115 dan berjaya memberi jawapan tepat akan mendapat wang berjumlah RM250.

Jika jawapan yang diberikan salah, jumlah wang akan digandakan ke segmen yang seterusnya.

Dalam pada itu, pendengar juga berpeluang memenangi RM100 setiap hari menerusi peraduan Jangan Panik di stesen itu.

Peraduan yang memerlukan pemanggil menjawab empat soalan mudah dalam tempoh 10 saat itu akan berlangsung sehingga 5 Mei ini.

Semuanya senang sahaja, dengarkan Suria setiap hari bagi memenangi sebahagian daripada RM30,000.

Sebarang maklumat lanjut mengenai peraduan Lagu Berduit Suria dan Jangan Panik, boleh melayari laman web rasmi suria.my

Suria FM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain