suria

Faye Kusairi Minta Maaf Walaupun Maruahnya Cuba Diaibkan

Faye bersama suaminya Azmi Hatta.

PETALING JAYA: Pelakon Faye Kusairi memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kata-kata yang ditulis menerusi akaun palsu yang menggunakan namanya.

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 32, berkata, individu tidak bertanggungjawab menggunakan identitinya dengan melemparkan kata-kata kurang baik dengan tujuan mengaibkan dirinya.

"Buat mana yang tersinggung dengan komen-komen melalui akaun palsu ini, saya tetap mahu mohon maaf walaupun kata-kata tersebut bukanlah daripada saya.

"Sekali lagi, akaun saya disalahgunakan oleh individu tidak bertanggunjawab buat kali kedua dalam sehari, justeri melemparkan kata-kata yang kurang baik untuk mengaibkan saya sekaligus menjatuhkan fitnah terhadap diri saya," ujarnya.

Faye minta bantuan pengikut lapor akaun palsu.

Faye berkata demikian menerusi Instaramnya turut meminta bantuan pengikutnya di laman sosial bergambar tersebut untuk melaporkan akaun palsu berkenaan kepada pihak Instagram.

Pemilik akaun palsu yang menggunakan nama pelakon itu telah berkongsi beberapa gambar peribadi dia bersama suami iaitu pengarah drama Azmi Hatta dengan kapsyen dan tanda pagar yang mencetuskan provokasi.

Bagaimanapun, kedua-dua akaun tersebut sudah berjaya disekat oleh pihak Instgaram.

Pada November 2016, Faye pernah mencetuskan kontroversi dikecam dengan pelbagai tuduhan netizen yang menganggap dia menjadi orang ketiga punca perceraian penyanyi Elly Mazlein dan Azmi Hatta.

Faye berkahwin dengan Hatta pada 9 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kondominium D'Pines, Jalan Ampang, dekat sini, dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Pelakon drama Tujuh Hari Mencintaiku itu kini sedang hamil lapan bulan dan bakal melahirkan cahaya mata pertamanya dalam masa terdekat.

Faye Kusairi

Artikel Lain