suria

Rita Rudaini Luah Rasa Pernah Alami Nasib Seperti Intan

Rita Rudaini (dua dari kiri) bertemu dengan Intan (dua dari kanan) dalam sebuah majlis. Turut kelihatan ialah pelakon Nazia Mustafar (kiri) dan kakak Intan iaitu Roza. - FOTO IG NAZIA MUSTAFAR

PETALING JAYA: Aktres Rita Rudaini memuat naik foto bersama madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana Saleh pada Khamis yang menarik perhatian netizen.

Kapsyen berbunyi "Saya pernah menjadi isteri seperti dia" pada foto berkenaan seolah-olah menggambarkan bahawa dia merasai keperitan yang sedang dilalui wanita berkenaan.

Status tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu dan Intan agar terus kuat melalui kehidupan tanpa seorang lelaki bergelar suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini Turut Berkecil Hati Dengan Izreen

"Bila pernah diperlakukan begitu, dia terluka tengok wanita lain terkena benda yang sama, Intan mesti tabah macam kak Rita," ujar salah seorang netizen @shnurazlina.

Selain itu, ada juga netizen yang mempersoalkan hubungan baiknya dengan aktres Izreen Azminda.

Rita bertemu Intan Liana.

Turut berada dalam foto berkenaan ialah pelakon Nazia Mustafar dan kakak kepada Intan iaitu Roza.

Foto berkenaan turut mendapat lebih 41,000 tanda suka dan 600 komen netizen.

Mereka dipercayai bertemu dalam satu majlis jamuan makan tengah hari dan ramah mesra bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Putrajaya pada Rabu.

Rita sebelum ini berkahwin dengan pemain boal sepak JDT iaitu Aidil Zafuan Abd. Radzak, 28,  pada 25 Februari 2008 di Songkhla, Thailand namun bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

Sebelum itu Rita pernah berkahwin denga pengulas sukan televisyen iaitu Akbar Shaari.

Terima Kasih, Saya Bukan Siapa-Siapa - Intan Liana


Intan Liana

Sementara itu, Intan menerusi Intagramnya pada Khamis mengucapkan terima kasih atas keperihatinan dan kata-kata semangat yang diberikan kepadanya.

Menurutnya, setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmah tersembunyi.

"Saya bukan siapa-siapa... Terima kasih banyak-banyak atas keperihatinan, kata semangat dan doa-doa semua. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

"Ucapkan syukur untuk setiap kegembiraan, kerana di situ Allah hadirkan kebahagiaan. Ucapkan syukur untuk setiap penderitaan, kerana disitu Allah hadiahkan kesabaran," tulisnya.

Izreen berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos lalu.

Mengkut perancangan, Intan akan dilepaskan sebagai isteri Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 22 Mac depan.

Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Manakala Ude dan pelakon Izreen Azminda telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain