suria

Badang Antara Kisah Diangkat Dalam ‘Suatukala’

Suatukala mengangkat tiga kisah dongeng yang popular dalam kalangan masyarakat nusantara iaitu Malin Kundang, Merah Putih dan Badang. Foto AHMAD ZAMIR

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga kisah diinspirasikan daripada hikayat dongeng kanak-kanak popular iaitu Merah Putih, Malin Kundang dan Badang yang diceritakan semula dalam sebuah filem televisyen (FTV) berjudul Suatukala.

Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin berkata, objektif penerbitan Suatukala adalah untuk memberi peluang kepada generasi muda mengetahui kisah dongeng hebat memandangkan ia sarat dengan mesej positif dan nilai kekeluargaan.

Suatukala adalah projek eksperimen yang kami gabungkan kisah-kisah dongeng terkenal dalam sebuah FTV.

“Di sebalik ia sarat dengan nilai positif dan kekeluargaan, Suatukala juga sarat dengan elemen moden, santai dan komedi agar ia lebih relevan sesuai dengan peredaran zaman,” katanya.

Suatukala turut mendapat sentuhan daripada tiga pengarah daripada produksi berbeza.

Putri Yasmin ditemui pada tayangan perdana Suatukala yang diadakan pada Isnin.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykal Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi dan Firdaus Ghufran.

Suatukala bakal menemui penonton bermula 15 Mac ini di Astro First Eksklusif (480) dengan bayaran RM15.90 untuk tempoh 48 jam.

Dalam pada itu, Putri Yasmin berkata, Suatukala juga memperlihatkan gandingan tiga pengarah dari tiga penerbitan berbeza iaitu Merah Putih (Shamyl Othman), Badang (Nik Amir Mustapha) dan Badang (Edison Cheam) sebagai kelainan.

Dynas Mokhtar muncul dalam kisah Malin Kundang.

Katanya, kolaborasi ini memberi peluang kepada ketiga-tiga pengarah kebebasam untuk menggarap karya mengikut kreativiti masing-masing.

“Penonton bakal melihat gaya pengarahan, jalan cerita dan struktur plot yang pelbagai dalam satu latar atau tema yang sama.

“Ini merupakan keunikan yang ditawarkan yang mana tiga cerita rakyat popular menjadi satu versi padat, segar dan moden,” katanya.

Tambahnya, Suatukala turut memperlihatkan penglibatan pengarah Yusry Abdul Halim yang mengetuai bahagian efek khas.

Suatu Kala, Astro First

Artikel Lain