suria

Aman Aziz Mahu Berlakon Jika Berat 70Kg

Aman Aziz perlu menambah berat badan demi mengejar impian bergelar pelakon. Foto: QARAMI HASHIM

PENYANYI Aman Aziz dalam proses menambah berat badan dalam usaha mencapai impian bergelar seorang pelakon.

Aman, 25, berkata dia kini mula mengunjungi pusat gimnasium dan berat badannya sudah bertambah sebanyak 10 kilogram (Kg).

"Sekarang ini saya dalam proses nak besarkan badan, setiap hari pergi gim sebab nak dapatkan bentuk badan yang lebih fit dan cantik.

"Empat bulan lalu berat saya 55 kg, sekarang dah naik 65 kg. Badan saya ni sebenarnya susah nak naik berat badan sebab metabolisme tinggi, dulu ambil protein tapi rosakkan kulit dan terpaksa berhenti.

"Jadi, sekarang ini saya hanya buat senaman di gim dan kalau sibuk sangat hanya berjoging di kawasan rumah," katanya kepada mStar Online.

Aman dalam usaha menambah berat badan.

Sementara itu, Aman berkata, apabila badannya sudah mencapai berat ideal, barulah dia akan memikirkan mengenai perancangan meneruskan karier lakonan.

Ujarnya, apa yang dilakukan kini adalah bagi memenuhi kehendak pengarah yang mahu dia kelihatan lebih segak di hadapan kamera.

"Saya mula naikkan berat badan ni sebab ada pengarah bagi cadangan supaya saya nampak besar sikit dalam skrin.

"Selepas capai target 70 kg baru saya akan cuba menjadi seorang pelakon. Apa yang saya buat ini bukan sebab nak menunjuk-nunjuk tubuh cantik tau.

"Bulan depan pendakap gigi yang saya pakai ini juga akan dicabut setelah tiga tahun memakainya. Jadi, mungkin selepas ini akan muncul Aman dengan imej baru," katanya.

Aman bersyukur lagu berjudul Sulit diterima ramai.

Bercakap mengenai single terbaharu berjudul Sulit, bekas naib juara Akademi Fantasia 2014 (AF2014) ini berkata dia bersyukur dengan penerimaan peminat.

"Alhamdulillah lagu ini semakin mendapat tempat di hati peminat dan kerap dimainkan radio serta sudah mula menduduki tangga carta.

"Saya anggap ini adalah peluang kedua dan tak akan sia-siakan ruang yang ada. Syukur saya bertemu dengan ramai orang disekeliling yang tak henti-henti menyokong karier sejak awal pembabitan," katanya.

Muzik video lagu ciptaan Fedtri Yahya dan Asfan Shah yang dimuat naik di laman YouTube sejak Ogos 2017 menerima hampir satu juta tontonan.

Aman Aziz

Artikel Sebelum

Artikel Lain