Penerbit Kecewa Filem Kena Tarik - Hiburan | mStar

Penerbit Kecewa Filem Kena Tarik

'Surf This Love' menampilkan Syukri Yahaya sebagai teraju utama.

PENERBIT filem, Amie Zhu meluahkan kekecewaan apabila filem terbitannya berjudul Surf This Love: Gelora Juara hanya mampu bertahan selama seminggu di beberapa buah panggung.

Menurut Amie, 43, filem sulungnya itu telah ditayangkan di 47 panggung sejak 22 Februari lalu dan sehingga kini hanya empat panggung masih memainkan filem tersebut.

"Agak kecewa juga apabila filem tersebut ditarik keluar daripada panggung kerana dikatakan tiada sambutan, sedangkan team kami masih dalam rangka promosi filem itu.

"Ada maklum balas yang diterima daripada penonton mengatakan mereka nak tonton awal bulan ini kerana baru dapat gaji tapi filem dah tak main lagi," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluncuran Terumbang-Ambing ‘Surf This Love: Gelora Juara’

Penerbit Surf This Love, Amie Zhu.

Sementara itu, Amie berkata dia memahami mengenai peraturan Syarat Wajib Tayang iaitu setiap filem yang ditayangkan perlu ditonton sekurang-kurangnya 15 peratus penonton untuk setiap kali tayangan.

Bagaimanapun, dia berasakan tidak salah jika filem Melayu diberi peluang lanjutan tayangan kerana mereka perlu bersaing dengan filem antarabangsa yang ada di pawagam.

"Saya faham mengenai syarat wajib tayang itu, cumanya harap dapat dilanjutkan tayangan filem Melayu di pawagam kerana kita perlu bersaing dengan banyak filem luar.

"Ini adalah filem sulung saya, jadi perasaan teruja itu agak tinggi dan bila mengetahui satu demi satu pawagam menarik balik tayangan, terasa sedih pula," katanya.

Amie Zhu bersama kru di set penggambaran.

Dalam pada itu, Penerbit Global Solution Resources ini berkata dia tidak menyalahkan mana-mana pihak dan perkongsiannya ini hanyalah sekadar pandangan peribadi.

Meskipun filem ini tidak mendapat jumlah kutipan yang memberangsangkan, ia bukanlah sesuatu kegagalan dan mereka menjadikan ia sebagai pengajaran untuk menghasilkan karya lebih berkualiti.

"Saya tak salahkan sesiapa dan faham mengenai peraturan dan syarat yang ditetapkan. Sebagai produser baru, filem ini bukan gagal, cuma masih banyak yang kita kena belajar.

"Mungkin pemilihan waktu kurang tepat dan perlu bersaing dengan filem luar membuatkan jumlah kutipan kurang memberansangkan.

Barisan pelakon dan kru semasa penggambaran di Pulau Tioman.

"Harapan saya selepas ini semoga penonton Malaysia akan terus menyokong produk dan karya anak tempatan. Kita tidak akan pernah putus asa untuk menghidupkan industri perfileman negara," ujarnya.

Filem arahan Wan Mohd Hafiz Wan Hussain ini menampilkan barisan pelakon popular antaranya Shukri Yahaya, Christina Suzanne, Josiah Hogan, Pekin Ibrahim dan Ardell Aryana.

Surf This Love yang menelan belanja RM1.5 juta itu menjalani penggambaran di sekitar Pulau Tioman dan Bali, Indonesia.

Selain karya ini, filem Badang lakonan Datuk Seri Aliff Syukri juga menerima nasib serupa apabila terpaksa ditarik dari tayangan kerana tidak mendapat sambutan penonton.

Surf This Love , Amie Zhu

Artikel Sebelum

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa