suria

Zizan Ungguli Pencalonan AME2018, Fattah & Neelofa Rebut Dua Kategori

Zizan dipilih dalam lima kategori AME2018. Foto: KAMARUL ARIFFIN / The Star

KUALA LUMPUR: Pelakon Zizan Razak menguasai senarai calon akhir Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) dengan lima pencalonan daripada 16 kategori yang dipertandingkan.

Zizan dicalonkan menerusi kategori Bintang Filem Meletop, Fesyen Meletop, Artis Lawak Meletop dan Duo Meletop bersama SonaOne serta Filem Meletop lakonannya berjudul Abang Long Fadil 2.

Mengekori rapat ialah Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtu dengan pencalonan dalam tiga kategori.

Zul Ariffin dicalonkan dalam kategori Bintang Filem Meletop dalam dua buah filem iaitu J Revolusi dan Tombiruo.

Siti Nordiana dan Zul Ariffin tercalon tiga kategori.

Selain itu, dia turut bersaing untuk Pelakon TV Meletop, Filem Meletop dan Drama Meletop.

Penyanyi Siti Nordiana pula dipilih dalam kategori Hos Meletop, Penyanyi Meletop dan Pelakon TV Meletop.

Manakala, Jep (Sepahtu) untuk Artis Lawak Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Couple Meletop.

Pengumuman lima pencalonan teratas itu diadakan pada sidang media yang di Timbre @ The Row, di sini, Selasa.

Anugerah MeleTOP Era 2018 bakal diadakan pada 8 April depan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dekat sini.

Neelofa dan Nabil kekal sebagai pengacara AME2018.

Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Maya HD (134) pada pukul 9 malam.

Acara itu bakal dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Neelofa dan akan diserikan dengan penampilan istimewa beberapa selebriti menemani pengacara utama.

Sementara itu, pemenang Top Top MeleTOP tahun lalu, Fattah Amin dan Neelofa masing-masing mendapat dua pencalonan iaitu Pelakon TV Meletop dan Fesyen Meletop.

Lebih menarik, lima anak selebriti popular yang dicalonkan untuk kategori Si Cilik MeleTOP ialah Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana, Arif Jiwa Asyraf, Syeriv Samheizy dan Yusof Iskandar.

Antara artis yang bakal mengadakan persembahan pada malam kemuncak AME2018  ialah Mas Idayu, Awie dan Mus May, Ernie Zakri dan Syamel, Hael Husaini, Haqiem Rusly, Xpose band, Ruffedge dan Virgoun.

Barisan finalis pencalonan akhir AME2018. 

Berikut ini senarai penuh pencalonan akhir AME2018:

Lagu MeleTOP

Bayang (Khai Bahar) 

Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir)

Jampi (Hael Husaini)

Nakal Nakal Nakal (Ayda Jebat)

Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

Filem MeleTOP

Abang Long Fadil 2

Bisik Pada Langit

J Revolusi

Kimchi Untuk Awak

Tombiruo Penunggu Rimba

Hos MeleTOP

Aliff Satar

Datuk AC Mizal

Jihan Muse

Nabil Ahmad

Siti Nordiana

Fesyen MeleTOP

Fattah Amin

Neelofa

Nur Fazura

Syafiq Kyle

Zizan Razak

Penyanyi MeleTOP

Hael Husaini

Ayda Jebat

Haqiem Rusli

Khai Bahar

Siti Nordiana

Bintang Filem MeleTOP

Janna Nick

Nur Fazura

Zizan Razak

Zul Ariffin (J Revolusi)

Zul Ariffin (Tombiruo)

Si Cilik MeleTOP

Aaisyah Dhia Rana

Lara Alana

Arif Jiwa Asyraf

Yusof Iskandar

Syeriz Samheizy

Pelakon TV MeleTOP

Neelofa

Fattah Amin

Siti Nordiana

Syafiq Kyle

Zul Ariffin

Program MeleTOP

Gegar Vaganza 4 minggu 1

Gema Gegar Vaganza

Maharaja lawak Mega 2017

Sepahtu Reunion Live 2017

Tazkirah Malam Jumaat

Artis Baharu MeleTOP

As'ad Motawh

Farah Nabilah

Fendy Bakry

Hannah Delisha

Wany Hasrita

Couple MeleTOP

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Akim Ahmad & Stacy

Amyra Rosli & Amar Baharin

Jep Sepahtu & Sari Yanti

Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Artis Lawak MeleTOP

Fikry Ibrahim

Jep Sepahtu

Kamal Adli

Sharifah Sakinah

Zizan Razak

Penyampai Radio MeleTOP

DJ Lin

Fad

Jep

Johan

Radin

Duo / Group Meletop

Akim &The Majistret

Caliph Buskers & Faizal Tahir

Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Tajul & Wany Hasrita

Zizan Razak & SonaOne

Drama MeleTOP

Cekelet Semanis Honey

Hero Seorang Cinderella

Mencintaimu Mr. Photographer

Red Velvet

Titian Cinta

Program Radio MeleTOP

JoHaRa Pagi Era

Petang ERA

Santai Sinar 

Super 40 Era

Suria Cinta

Artikel Lain