Sufian Suhaimi Pernah Kena ‘Reject’ - Hiburan | mStar

Sufian Suhaimi Pernah Kena ‘Reject’

Sufian saran golongan belia cari peluang pekerjaan di SL1M. Foto: AZHAR MAHFOF.

PENYANYI Sufian Suhaimi berkongsi pengalaman pernah ditolak untuk mendapat tawaran kerja ketika menghadiri sesi temuduga Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M) pada dua tahun lalu.

Sufian, 26, berkata dia tidak berjaya pada sesi temuduga tersebut bukan kerana tidak layak tetapi disebabkan masih belum menerima Ijazah Sarjana Muda

"Saya pernahlah rasa kena 'reject' ketika menghadiri sesi temuduga SL1M) pada dua tahun lalu.

"Ingatkan nak cuba cari kerja yang ditawarkan di situ selepas tamat belajar tapi tak berjaya pun.

"Bukan sebab tak layak tapi ketika itu sijil Ijazah Sarjana Muda saya belum dapat," kata Sufian kepada mStar Online.


Sufian pernah hadiri temuduga SL1M tetapi tidak berjaya.

Sufian ditemui sebelum membuat persembahan di program temuduga Skim Latihan Satu Malaysia (SL1M) di Maeps, Serdang baru-baru ini.

Menurut Sufian, program tersebut merupakan salah satu inisiatif dan peluang untuk semua golongan tidak kira umur yang memerlukan pekerjaan.

"Bagi saya, ia satu peluang dan inisiatif untuk sesiapa yang memerlukan pekerjaan. Bukan hanya untuk golongan belia yang baru tamat belajar.

"Jadi, sesiapa yang masih mencari pekerjaan yang sesuai mengikut bidang boleh datang ke sesi temuduga itu.

"Jangan sia-siakan peluang yang ada dan jika tak berjaya, boleh cuba selepas itu lagi. Jangan putus asa," ujarnya.

Sufian harap semua orang menggunakan peluang yang diberi oleh kerajaan untuk mencari pekerjaan.

Sufian baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang komunikasi peringkat sarjana.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Terasa Ada ini tidak ada perancang untuk menyambut pelajaran dalam peringkat seterusnya dan hanya ingin fokus kepada karier.

"Buat masa ini memang saya tiada perancangan untuk sambung pelajaran ke peringkat seterusnya.

"Saya nak fokus semula karier nyanyian memandangkan lagu terbaru saya akan dilancarkan tidak lama lagi," katanya.

Lagu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen iaitu Ku Dimatamu akan dilancarkan pada 23 atau 24 Mac ini yang merupakan tarikh awal perancangan perkahwinannya.

Sufian Suhaimi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain