“Dah Tahu Suami Orang... Jauhkan Diri, Jaga Kelakuan” - Bella Astillah - Hiburan | mStar

“Dah Tahu Suami Orang... Jauhkan Diri, Jaga Kelakuan” - Bella Astillah

Bella Astillah memberi respons kisah rumah tangga melibatkan dua madu iaitu Intan Liana dan Izreen Azminda bersama suami mereka iaitu Ude.

KEMELUT rumah tangga antara aktres Izreen Azminda, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dengan isteri pertamanya Intan Liana Saleh turut mendapat perhatian isteri kepada aktor Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 24, yang terkesan dengan berita tersebut berkata seseorang wanita itu seharusnya tahu membatasaan hubungan dengan lelaki yang sudah beristeri.

"Betul ia melibatkan dua pihak tapi dari awal berjumpa mesti sudah tahu suami orang, seharusnya kita tahu limit kita, sebolehnya jauhkan diri dan jaga kelakuan kita.

"Hormatilah hak orang lain terutamanya sesama wanita dan kebahagian orang," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Izreen Azminda Terima Cacian Suami Mahu Cerai Isteri Pertama

ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Minta Maaf Curang, Afifah Jangan Dolak-Dalik!


Izreen berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos tahun lalu.

Ude dan Intan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada Rabu lalu namun ia ditanggungkan pada 22 Mac depan selepas peguam mewakili Ude iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.

Ude, 30, memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan pada 30 November 2017.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Pada November lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Intan dan Izreen (gambar kecil) melalui tempoh bermadu kira-kira enam bulan.

Sementara itu, Bella menulis di ruangan komen Instagram rasmi mStar Online iaitu @mstaronlineofficial pada salah satu foto berkaitan berita mengenai hal perpisahan Ude dengan isteri pertama, pada Rabu lalu.

Dia menjawab komen akaun Instgaram ditulis oleh @tuanyasir yang mempertikaikan tindakan netizen kerana hanya menyalahkan aktres Izreen sedangkan perkahwinan yang terjadi itu berlaku disebabkan kehendak kedua-dua belah pihak.

Reaksi diberikan Bella itu kerana dia sendiri pernah melalui pengalaman apabila suaminya Aliff Aziz mengaku curang kerana keluar ke pusat karaoke bersama aktres Afifah Nasir selepas mereka tamat penggambaran pada tahun lalu.

Aliff Aziz dan Bella Astillah ketika mengadakan sidang media berhubung kontroversi rumah tangga mereka Julai lalu.

Insiden itu menyebabkan Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan Bella atau Dayang Nabellah Awang Astillah ketika wanita itu menemuinya bersama Afifah kelab karaoke berkenaan di Taman Shamelin, Cheras pada 27 Julai lalu.

Aliff yang berasal dari Singapura dan Bella berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia setahun.

Pasangan itu ketika ini berada di Milan, Itali kerana Aliff menjalani penggambaran drama Halalkan Hati Yang Ku Cari bagi siaran TV3.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain