Gempa Bumi Taiwan, Janna Minta Halalkan Segalanya - Hiburan | mStar

Gempa Bumi Taiwan, Janna Minta Halalkan Segalanya

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui terkejut dan cemas ketika merasai gegaran susulan gempa bumi yang melanda Taiwan pada malam Selasa ketika berada di negara itu.

Janna, 23, berkata, gegaran berukuran 5.3 magnitud pada kira-kira pukul 10.47 malam itu berlaku ketika dia sedang mandi.

"Saya okey, cuma masih terkejut dan takut ketika mengetahui gagaran yang berlaku adalah gempa bumi.

"Saya tidak sempat buat apa-apa ketika itu kerana sedang mandi dan keadaan bergegar dalam beberapa saat. Saya ada satu malam lagi di sini doakan saya selamat," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.

Bangunan yang hampir runtuh akibat bencana gempa bumi pada 7 Februari di Taiwan.

Pelakon drama Dia ini memberitahu dia kini hanya bertawakal kepada Allah swt dan berharap tidak lagi berlaku sebarang kejadian buruk.

Janna berada di negara tersebut sejak Isnin lalu atas urusan kerja.

Sementara itu, menerusi Instagramnya, aktres ini memohon maaf dan meminta peminatnya mendoakan keselamatannya di sana.

"Saya baru berdepan pengalaman gempa bumi di Taipei, apa pun minta maaf dulu semua dan halalkan segalanya," ujarnya.

Taiwan merupakan negara yang kerap dilanda bencana alam gempa bumi, terbaharu pada 7 Februari lalu mengakibatkan dua terbunuh dan lebih 200 orang cedera.

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud itu berlaku pukul 11.50 malam di sepanjang 20 kilometer di pesisiran kepulauan bahagian timur negara terbabit.

Janna Nick

Artikel Sebelum

Nabila Huda Tanya Maksud 'Makcik Bawang'

Artikel Berikut

Peminat Wanita 'Serang' Nadzmi Adhwa

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain