Farid Kamil Buat Laporan Polis Berhubung Penahanannya - Hiburan | mStar

Farid Kamil Buat Laporan Polis Berhubung Penahanannya

Farid Kamil membuat laporan polis terbaharu pada Rabu. Foto: BERNAMA

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari, 37, membuat laporan polis terbaharu di Balai Polis Damansara pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, laporan itu dipercayai berkaitan penahanan Farid sebelum ini.

"Saya boleh mengesahkan bahawa dia membuat laporan pada hari Rabu, pukul 5.54 petang berhubung kejadian yang membawa kepada penangkapannya. Siasatan sedang dijalankan secara terperinci," katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Serah tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Shah Alam yang disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib kini memegang jawatan KPD yang sebelum ini disandang oleh Senior Asisten Komisioner Shafien Mamat.

Dalam pada itu, Fadzil berkata pelakon tersebut dinasihati untuk merujuk peguamnya terlebih dahulu kerana kes masih dalam proses perbicaraan.

Terdahulu, menerusi laporan mStar Online, Farid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ke dalam badan, pada 11 Januari lalu dan dia dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Dadah berkenaan ialah daripada kumpulan kanabis atau ganja.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes ini sama dengan tarikh sebutan empat tuduhan jenayah lain yang dihadapinya iaitu 5 Mac depan.

Farid juga didakwa dengan empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 pada 16 Januari lalu.

Farid Kamil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain