Heroin ‘Kekasih Paksa Rela’ Terpaksa Dedah Wajah Kekasih - Hiburan | mStar

Heroin ‘Kekasih Paksa Rela’ Terpaksa Dedah Wajah Kekasih

Intan lebih selesa orang mengetahui dirinya sudah mempunyai kekasih. Foto Instagram: @intannajuwa.

PELAKON Intan Najuwa menjelaskan tujuan dia memuat naik foto bersama kekasih bernama Anwar Izzuddin di laman Instagram agar dapat meleraikan salah faham antara pengikutnya.

Namun Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 21, berkata dia tidak menyangka foto tersebut menjadi topik utama penulis blog sehingga menjadi tular di laman sosial.

"Tujuan saya muat naik gambar dengan kekasih sebab tak nak ada salah faham atau pergaduhan antara pengikut di laman Instagram.

"Tapi tak sangka pula gambar tersebut menjadi tajuk blog yang mengatakan peminat kecewa apabila saya kongsi foto bersama kekasih sehingga tular di laman sosial," kata Intan kepada mStar Online.


Intan memberitahu kekasihnya sangat memahami .

Intan diminta mengulas artikel di sebuah blog yang mengatakan ramai peminat kecewa selepas mengetahui pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini sudah berpunya menjadi tular di laman sosial.

Biarpun Intan tidak suka untuk terlalu kongsi banyak mengenai peribadi namun dia mengakui setiap apa sahaja yang dilakukan kini menjadi perhatian semenjak popular menerusi drama berkenaan bergandingan bersama Remy Ishak di TV3.

"Kalau ikutkan saya memang tak berapa suka kongsi terlalu banyak mengenai kisah peribadi. Tapi bukan bermaksud nak sorok.

"Kalau lihat di Instagram saya pun hanya ada beberapa keping sahaja gambar dengan kekasih.Namun saya faham apabila menjadi artis yang dikenali, memang apa yang kita buat orang akan perhati.

"Bagi saya, kalau perkara itu positif, saya terima sahaja. Yang negatif, kita biarkan sahaja," ujarnya.

Remy banyak membantu Intan dari segi lakonan.

Berkongsi mengenai pengalaman pertama kali bergandingan dengan Remy, pelakon yang berasal Johor Bahru ini menggigil setiap kali perlu melakonkan babak romantik.

"Saya pertama kali bergandingan dengan Remy dalam drama tersebut. Aura dia membuatkan setiap kali nak berlakon babak romantik mesti saya menggigil.

"Bukan sebab takut tapi jadi panik. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab lakonan dia sangat hebat dan saya pula biasa-biasa sahaja," katanya.

Drama bersiri tersebut sedang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 7 petang di slot Akasia.

Intan Najuwa memegang watak sebagai Hanan Khaira.

Artikel Sebelum

Fizz Fairuz Kini Bergelar Datuk

Artikel Berikut

Dua Pemain Bola Cuba Dekati Wani Kayrie

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain