Jihan Muse, Suami Dapat Anak Lelaki - Hiburan | mStar

Jihan Muse, Suami Dapat Anak Lelaki

Jihan ketika hamil bersama suaminya Ungku Hariz.

PENGACARA dan pelawak Jihan Muse selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di DEMC Specialist Hospital Shah Alam kira-kira pukul 10.15 malam Khamis.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35, melahirkan anak sulungnya itu seberat 3.85 kilogram dan bayi dalam keadaan sihat.

Dia juga akan berehat selama dua bulan daripada menjalankan aktiviti seni untuk beri tumpuan kepada keluarganya.

“Dengan izin yang maha Esa, kami dari Laugh Out Loud Entertainment mewakili Jihan Muse dan Engku Hariz, ingin memaklumkan bahawa Jihan telah selamat melahirkan seorang putera sulung seberat 3.85 kilogram pada jam 10.15 malam sebentar  tadi secara pembedahan oleh Dr. Norleen di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

Jihan ketika hamil.

“Jihan Muse dan bayi kini dalam keadaan bayi dan sedang berehat. Memandangkan ini adalah kelahiran sulung mereka, Jihan bakal berehat dari apa-apa aktiviti hiburan selama dua bulan untuk memberi tumpuan dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Kami dari pihak pengurusan ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan sokongan dari ahli keluarga, rakan terdekat, rakan media dan para peminat. Terima kasih,” katanya kenyataan itu.

Menerusi video yang dimuat naik di laman rasmi program Meletop itu, suami Jihan iaitu pelakon Ungku Hariz meluahkan rasa syukur sudah bergelar seorang bapa.

Ungku  juga mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap semua peminat akan mendoakan dia sekeluarga.

Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, berkahwin pada bulan Mac tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam.

Jihan Muse

Artikel Sebelum

16 Peserta Berentap Dalam Bintang RTM 2018

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain