suria

Siapa Bagi Aishah Hadiah Setiap Hari?

Aishah menerima hadiah daripada peminat setiap hari.

SEJAK bergelar juara Gegar Vaganza musim keempat baru-baru ini, penyanyi terkenal Aishah mendedahkan dia setiap hari akan mendapat hadiah daripada peminatnya.

Kata Aishah, setiap hari pihak posmen akan datang ke rumahnya membawa pelbagai bungkusan sehingga adakalanya dia tidak sempat untuk membuka hadiah diberikan kerana terlalu banyak.

"Alhamdulillah, hari-hari ada peminat hantar hadiah ke rumah sampai posmen pun dah kenal saya sebab setiap hari datang ke rumah.

"30 tahun penglibatan saya dalam bidang seni semenjak menyertai Gegar Vaganza impaknya memang luar biasa.

"Macam-macam peminat bagi ada pakaian, tudung, makanan malah pelbagai produk yang diberikan untuk saya cuba," katanya.

Suami penyokong terbesar Aishah.

Aishah ditemui pada majlis bersama peminatnya yang diadakan di Melawati Mall pada Sabtu.

Kira-kira 50 peminat hadir bagi memeriahkan acara itu sambil meraikan kemenangan penyanyi lagu Janji Manismu itu pada Gegar Vaganza.

Dalam pada itu, Aishah berkata, dia juga tidak menyangka pada usianya sekarang masih ada peminat yang sanggup mengorbankan masa untuk menubuhkan kelab peminatnya.

Dedah Aishah, ketika mula-mula menyertai Gegar Vaganza perkara itu menjadi kembimbangannya kerana merasakan sudah tiada peminat yang ingin hadir ke dewan bagi menyokongnya.

"Saya apabila Astro beritahu pihak produksi beri 20 ke 30 tiket untuk diberikan kepada peminat saya bimbang kerana tidak tahu mahu mengajak siapa.

Aishah bakal muncul dengan lagu terbaharu tidak lama lagi.

"Tetapi sangkaan saya meleset kerana rupa-rupanya ada menubuhkan kelab peminat dan mereka inilah yang tidak jemu-jemu menyokong saya selama lapan minggu bertanding.

"Sebelum ini manalah pernah saya merasa kelab-kelab peminat ini semua tetapi mujurlah teknologi sekarang memudahkan saya berinteraksi bersama mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aishah berkata, dia sedang dalam proses menyiapkan single terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Aishah memberitahu dia memilih untuk tampil dengan lagu balada di atas permintaan peminatnya.

Aishah, Gegar Vaganza

Artikel Lain