suria

Sakinah Minta Maaf Pada Janna Nick, Peminat Kpop

Sakinah menulis permohonan maaf terbukanya di InsaStory.

PELAKON Sharifah Sakinah tampil memohon maaf secara terbuka kepada peminat muzik Kpop ekoran penularan video miliknya di InstaStory yang didakwa menghina kematian anggota kumpulan SHINee iaitu Jonghyun pada 18 Disember tahun lalu.

Menerusi permohonan maaf itu, Sakinah turut memohon maaf kepada Janna Nick kerana perkara itu secara tidak langsung melibatkan aktres itu walaupun dia tiada kena mengena dalam hal tersebut.

"Pertama sekali saya ingin meminta maaf kepada Janna Nick kerana melibatkannya dalam perkara ini. Dia tidak ada kena mengena dalam hal ini.

"Kepada semua peminat Kpop saya minta maaf berhubung video yang telah menunjukkan rasa tidak hormat kepada idola anda. Saya tiada niat untuk memalukannya," tulisnya.

Janna Nick.

Terdahulu, nama Sakinah dan Janna menjadi perhatian apabila mereka didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina terhadap kematian Jonghyun sehingga ia menimbulkan kemarahan peminat Kpop.

Ramai merasakan mereka tidak sepatutnya mempermainkan kematian seseorang sehingga ada melaporkan perkara itu kepada pihak pengurusan mendiang iaitu SM Entertainment di Korea Selatan.

Dalam pada itu, Sakinah berkata, dia tidak berniat untuk menghina sebaliknya mereka ketawa selepas melihat rambut Janna yang dilunturkan menjadi warna 'blonde'.

Jelas Sakinah, dia tidak sesekali akan mempersendakan berhubung kematian sesiapa terutamanya apabila ia melibatkan tekanan perasaan.

Jonghyun meninggal dunia pada 18 Disember lalu.

"Saya sekali lagi minta maaf jika saya membuat sesiapa tersinggung dengan video itu.

"Saya sendiri tidak akan sesekali mempersendakan berhubung kematian sesiapa terutamanya jika ia melibatkan tekanan perasaan.

"Saya harap perkara ini tidak diperbesarkan. Sekali lagi saya minta maaf," tulisnya lagi.

Dunia Kpop sebelum ini menjadi perhatian dunia apabila tindakan Jonghyun mengambil nyawanya sendiri akibat tekanan membuka mata ramai pihak tentang kisah di sebalik kemasyhuran dunia glamour.

Sharifah Sakinah, Janna Nick, Kpop

Artikel Lain