suria

Sheila On 7 Kembali Gegar Malaysia Februari 2018

Sheila On 7 bakal mengadakan konsert khas buat peminat pada Februari depan.

PETALING JAYA: Selepas muncul dengan persembahan hebat pada Mac 2016, kumpulan terkenal Indonesia iaitu Sheila On 7 sekali lagi bakal menghiburkan peminat menerusi konsert 'Sheila On 7 - Live In Kuala Lumpur 2018' yang bakal diadakan pada 10 Februari depan.

Konsert itu bakal diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Brian, Eros, Duta dan Adam dijangka akan menghiburkan peminat selama dua setengah jam pada konsert itu dengan dendangan lagu-lagu hit mereka seperti Sephia, Pria Kesepian, Melompat Lebih Tinggi dan Seberapa Pantas.

Konsert itu diadakan bagi meraikan sokongan padu ribuan peminat setia mereka di negara ini yang mahukan Sheila On 7 kembali mengadakan konsert.


Tiket-tiket dijual dengan harga RM 315 (Meet & Greet), RM215 (Diamond), RM165 (Platinum), RM125 (Gold) dan RM85 (silver) dan ia tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.mytickets.asia.

Diskaun sebanyak 15% disediakan untuk 250 pembeli tiket pertama (tidak termasuk tiket Meet & Greet).

Peminat setia Sheila On 7 akan mendapat peluang untuk bertemu dengan mereka dengan pembelian tiket Meet & Greet dan akan mendapat barangan percuma.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03 8605 0195/0122560082 atau layari www.shirazprojects.com.

Sheila On 7

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain