Untunglah Dapat Cium Neelofa - Hiburan | mStar

Untunglah Dapat Cium Neelofa

Neelofa kini sedang bercuti di Dubai, UAE. Foto Instagram: @neelofa

TIGA keping foto pelakon dan pengacara, Neelofa yang sedang bercuti di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) mencuri perhatian pengikut di laman Instagramnya.

Mana tidaknya, gambar Neelofa sedang bermanja dengan ikan lumba-lumba di Marine and Waterpark, Atlantis The Palm mengundang komen cemburu netizen.

Neelofa menerusi Instagram peribadinya memuat naik foto tersebut pada pagi Ahad dan mendapat 180,000 tanda suka dan hampir 2,000 komen pengikut.

Netizen cemburu ikan lumba-lumba berpeluang mencium pipi Neelofa.

"Melalui banyak pengalaman baru di Dubai, termasuk merasai kasih sayang daripada ikan lumba-lumba yang baik ini. Saya cium ikan lumba-lumba ini dan saya sukakannya," tulis Neelofa.

Rata-rata netizen meninggalkan komen cemburu dengan ikan lumba-lumba tersebut yang berpeluang mencium pipi pengacara program Meletop ini.

Neelofa bermanja dengan ikan lumba-lumba di Dolphin Bay Atlantis.

"Alalaaa.. manjanya si dolphin ni dengan Neelofa," tulis kristal1955.

"Untunglah jadi ikan itu... Mimpi indahlah malam ni," kata amirzulhafiz93.

Neelofa mengembara dan menerokai kawasan tarikan pelancongan di Dubai.

"Kenapa cium dolphin tu? Alaa... Hmmmm," komen redzuwwann pula.

Menerusi carian di laman Twitter, Neelofa berada di Dubai sejak 19 Disember bagi mempromosikan Tahun Melawat Dubai yang dianjurkan oleh kementerian pelancongan negara tersebut.

Antara lokasi yang dikunjungi oleh pelakon cantik ini ialah Desert Safari Dubai, Nusr-Et Dubai, Four Seasons Resort Dubai, menara tertinggi dunia iaitu Burj Khalifa dan banyak lagi.

Neelofa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Pick Up Line' Anak Joy Revfa Menusuk Jiwa!

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain