Dua Kali Gagal, Sabrina Ali Belum Sedia Kahwin Lagi - Hiburan | mStar

Dua Kali Gagal, Sabrina Ali Belum Sedia Kahwin Lagi

Sabrina belum ada perancangan untuk berkahwin sekali lagi. Foto: IZZRAFIQ ALIAS.

PELAKON Sabrina Ali tidak terfikir untuk bernikah lagi selepas perkahwinan kedua yang dibinanya menemui kegagalan sekitar Ogos 2014.

Sabrina atau nama sebenarnya Sabrina Ali Dad Khan, 37, berkata dia mahu memberi keutamaan kepada anak-anaknya yang kini sedang membesar.

"Saya tak terfikir lagi untuk berkahwin selepas beberapa tahun saya hidup solo bersama anak-anak.

Sabrina menghantar anak-anaknya belajar di sekolah tahfiz. Foto Instagram: @sabrina_ali_dad_khan.

"Lagipun, buat masa sekarang tumpuan saya pada anak-anak yang sedang membesar," kata Sabrina kepada mStar Online.

Sabrina ditemui ketika sidang media pra-tonton trailer filem terbaru lakonanya, Makrifat Cinta di TSL Cinemax, IRDKL Mall, Shah Alam pada Rabu lalu.

Tambah Sabrina lagi, dia tidak meletakkan tempoh atau jangka masa untuk menjalani kehidupan berumah tangga.

Sabrina hanya berserah soal jodoh pada Allah.

Bagaimanapun, pelakon filem Munafik ini hanya berserah pada Allah berkenaan dengan jodohnya.

"Saya tak letak tempoh atau jangka masa untuk berkahwin dan jalani kehidupan berumah tangga. Soal jodoh ini, saya berserah pada Allah," ujarnya.

Sabrina dan Syed Amirul Syed Ahmad berkahwin pada 2011 dan bercerai pada Ogos 2014.

Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Syed Aryan Khan,6, dan Syed Adrian Khan, 4.

Sebelum ini, Sabrina pernah mendirikan rumah tangga dengan Shahrin Mohd Abdul Halim pada Mei 2006 dan berpisah pada pertengahan 2010.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ariyana yang kini berusia 9 tahun.

Sabrina Ali

Artikel Sebelum

DJ Lin Tunggu Fattah, Fazura

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Arsenal mahu bincang dengan Ancelotti