suria

DJ Lin Tunggu Fattah, Fazura

Antara pasangan yang ingin diundang ke program Apa Itu Cinta.

PETALING JAYA: Pasangan selebriti sensasi iaitu Fattah Amin dan Fazura antara nama yang paling ditunggu-tunggu sebagai tetamu program bual bicara Apa Itu Cinta musim ketiga yang bakal berlangsung pada Januari depan.

Pengurus Program Suria FM, DJ Lin atau Roslinda Abd Majid berkata, pihaknya masih lagi berusaha untuk mendapatkan masa pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga itu untuk hadir berkongsi kisah cinta mereka.

"Fattah dan Fazura adalah nama paling kami tunggu dan ramai pendengar yang mahu mereka berkongsi kisah cinta mereka.

"Kita cuba bawa mereka pada musim lalu tapi gagal, Insya-Allah kita akan cuba bawa mereka pada musim depan pula," ujarnya kepada mStar Online.


Program Apa Itu Cinta dapat perhatian.

Program Apa Itu Cinta merupakan sebuah program bual bicara yang membincangkan kisah cinta selebriti popular tanah air bersama pasangan masing-masing.

Program kelolaan penyampai radio Suria Cinta iaitu DJ Lin ini bersiaran selama satu jam secara langsung di Facebook Suria Malaysia pada setiap hari Rabu pukul 10 malam.

Antara pasangan yang pernah menyertainya ialah Akim, Stacy, Sherry Alhadad, Norman Hakim, Memey Suhaiza, Aliff Aziz, Bella, Nora Ariffin, Tajul dan Wany Hasrita.

Dalam pada itu, katanya, pendedahan kisah cinta penyanyi nasyid Hafiz Hamidun ketika konflik rumah tangga dengan usahawan kosmetik Joy Revfa adalah yang paling mendapat perhatian dan maklum balas pendengar dalam program bual bicara tersebut.

Lin berkata, penyanyi lagu Jodoh Berdua itu mendapat lebih 100,000 tontonan YouTube yang disiarkan secara langsung di laman rasmi Suria FM.

"Sepanjang tahun ini seramai 28 selebriti yang menjadi tetamu jemputan untuk program yang berlangsung selama dua musim.

"Episod paling popular ialah Hafiz Hamidun dan kita dapat banyak maklum balas sepanjang siaran langsung itu. Kita ada jemput pasangannya iaitu Joy Revfa selepas itu tapi tidak setinggi ketika Hafiz ke udara," ujarnya.


Episod Hafiz Hamidun paling tinggi tontonan.

Selain itu, kisah cinta penyanyi Nora Ariffin terhadap suaminya Allahyarham Johan Nawawi juga memberi kesan dan menyentuh hati pendengar.

Katanya, pengalaman Nora bersama arwah suaminya itu menyuntik semangat kepada pendengar untuk lebih menghargai pasangan masing-masing.

"Episod Nora paling istimewa kerana suasana menjadi hiba dan sangat tersentuh dengan perjalanan cinta mereka yang boleh saya gelarka sebagai 'true love'.

"Kisah dia sangat berbeza dengan orang lain. Kerjaya Nora sebagai penyanyi hidup disebabkan sokongan suami," ujarnya.

Dj Lin, Fazura Fattah, Fattzura

Artikel Sebelum

Lelaki Kurang 'Kuat' Cari Tauke

Artikel Berikut

Artikel Lain