Kek Dengan 7,777 Kristal Kejutan Resepsi Mawar, Raf Yaakob - Hiburan | mStar

Kek Dengan 7,777 Kristal Kejutan Resepsi Mawar, Raf Yaakob

Majlis resepsi Mawar dan Raf bertemakan dekorasi Enchanted Garden berlangsung penuh meriah. Foto Ihsan AMIR NAUFAL PHOTOGRAPHY

PETALING JAYA: Majlis resepsi pelakon Mawar Rashid dan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf yang bertema Dekorasi Enchanted Garden berlangsung meriah dalam suasana tertutup di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Majlis serba indah itu mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Glamweddings by Rizalman.

Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 22, anggun dalam persalinan rekaan Putra Aziz daripada Cosry dengan wajahnya disolek oleh Ramzamode, rambut (Syuk Qadir) dan henna (Lea Henna).

Kejutan kek istimewa dengan kristal Swarovski di majlis resepsi perkahwinan Mawar dan Raf.

Sementara itu, Raf, 32, yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob itu turut mengenakan sut rekaan Cosry.

Mawar, Raf Kini Suami-Isteri

Pada majlis itu, pasangan mempelai diraikan oleh seramai 600 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat kedua belah keluarga mempelai diundang pada majlis tersebut.

Turut hadir ialah ibu Raf, Datin Umi Kalsum Abd. Latib dan ibu Mawar, Datin Marinee Abdullah.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November lalu.

Majlis dimeriahkan dengan nyanyian oleh salah seorang bakat SukaSucre Creatives, Imran Ajmain selain kejutan persembahan oleh kawan baik Raf yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Festival Nombor Satu Malaysia, Mood Republic; Kimi Iskandar Ismail.

Penyanyi, Amira Othman turut menyampaikan sebuah lagu selain persembahan tarian Asyik dari Kelantan oleh isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad dan nyanyian daripada Fazley sendiri menerusi lagu Kiss From A Rose.

Setiap satu daripada tetamu yang hadir turut memberikan 200 jambak bunga ros kepada pasangan mempelai semasa persembahan khas Fazley itu.

Majlis penuh indah bakal diingati pengantin dan tetamu yang hadir.

Lebih istimewa, Ketua Pereka Kek SukaSucre Bistro, Azrene menyediakan kek diberi nama, Enchanted Rose dengan setiap satu lapisan bertakhta kristal Swarovski yang diletakkan di atas juraian lampu gantung mewah.

Lapisan kek yang menggunakan sebanyak 7,777 biji kristal dengan ketinggian 13 kaki itu sekali gus menjadikan ia sebagai kek perkahwinan tertinggi pernah dihasilkan sepanjang sejarah resepsi persandingan di Malaysia.

Pasangan itu selamat dijabkabulkan dengan sekali lafaz tepat jam 3.20 petang di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 9 November lalu.

Mawar Rashid , Raf Yaakob

Artikel Sebelum

Dwan Hamid Sering Dapat Watak Sampingan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL