Hafeez Mikail Jawab Hubungan Dengan Daiyan - Hiburan | mStar

Hafeez Mikail Jawab Hubungan Dengan Daiyan

Menurut Hafeez, Daiyan seorang yang baik dan selesa berkawan dengannya. Foto Instagram: @hafeezmikail.

PELAKON Hafeez Mikail mengakui rapat dengan penyanyi dan juga pelakon Daiyan Trisha.

Hafeez atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Muhammad Zaki, 25, berkata hubungan erat yang dimaksudkan itu belum sampai ke tahap bercinta.

Bagaimanapun, pelakon Dia Semanis Honey ini tidak menolak jika satu hari nanti mereka ditakdirkan jatuh cinta.

Hafeez dan Daiyan sudah bersedia menjawab pertanyaan peminat dan media mengenai hubungan mereka.

"Apa yang saya boleh katakan kami berdua memang sangat rapat. Saya selesa berkawan dengan dia dan begitu juga dia.

"Tapi nak kata bercinta tu tak kot. Kita tak tahu apa yang akan jadi selepas ini, mana tahu kami berdua jatuh cinta.

"Cuma sekarang ini, kami kawan yang sangat rapat," kata Hafeez ketika dihubungi mStar Online.

Hafeez Mikail.

Hafeez diminta mengulas tentang sebuah artikel di sebuah portal pada Ahad, bahawa dikatakan sedang bercinta dengan Daiyan.

Berdasarkan laporan tersebut, Hafeez kerap dilihat menemani pelakon wanita itu ke majlis atau acara hiburan.

Malah, Hafeez dan Daiyan juga ada kongsi beberapa foto mereka berdua di laman sosial.

Menurut Hafeez, dia dan Daiyan mula mengenali pada Disember tahun lalu ketika menjalani pengambaraan filem Busker.

"Kami mula kenal pada Disember tahun lalu ketika menjalani penggambaran filem Busker.

"Dalam filem tersebut, kami digandingkan sebagai pasangan kekasih. Sejak itu, saya mula rapat dengan dia.

"Sampai sekarang kami masih berkawan baik dan sentiasa menyokong satu sama lain," ujarnya.

Filem pertama gandingan Hafeez dan Daiyan itu akan berada di pawagam pada 11 Januari 2018.

Hafeez Mikail , Daiyan Trisha

Artikel Sebelum

“Bila Pula Saya Sorok Suami?”

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain