suria

Sufian Tiada Rahsia Dengan Elfira

Sufian tidak mahu berahsia dengan tunangnya, Elfira Loy. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

SETELAH mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi memaklumkan dia kini lebih berterus-terang dalam banyak perkara.

Menurut Sufian, 25, dia juga terbuka untuk berkongsi apa jua perkara termasuk hal peribadi dengan pelakon cantik itu.

"Selepas bertunang, kami bersikap lebih terbuka dan tidak berahsia dalam perhubungan.

Sufian Suhaimi Tak Jumpa Elfira

"Kalau ada rasa tak puas hati, terus beritahu dan tiada istilah terasa hati. Ada masalah, kami bincang bersama.

Sufian lebih berterus-terang dalam banyak perkara.

"Sekarang ini kami lebih rapat dan berkongsi banyak hal berkaitan kehidupan dan peribadi," katanya kepada mStar Online.

Sufian ditemui di Malam Kemuncak Konsert Festival Folklore PJ Fair 2017 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Selangor pada malam Sabtu.

Konsert yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut mengundang Datuk M. Nasir, Datuk Ramli Sarip, Ameng Spring, Kaka Azraf dan Faizal Ismail selaku pengacara.

Sufian hiburkan peminat dengan dua buah lagu pada Malam Kemuncak Konsert Festival Folklore PJ Fair 2017 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Selangor, malam Sabtu.

PJ Fair 2017 telah dirasmikan oleh Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain dan turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan daripada bandar-bandar antarabangsa di bawah Program Sister City seperti Indonesia, Jepun dan Singapura.

Sementara itu, Sufian memberitahu dia banyak berkomunikasi dengan tunangnya itu menerusi panggilan telefon.

Baginya, kesibukan kerja bukan penghalang untuk dia terus berhubung dan berbincang mengenai perancangan perkahwinan.

Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain (dua dari kiri) merasmikan program PJ Fair 2017.

"Kebiasaannya kami berbual melalui panggilan telefon dan berkongsi cerita mengenai aktiviti harian.

"Masing-masing sibuk dengan kerja dan hanya itu cara untuk kami melepaskan rindu," ujarnya.

Pasangan selebriti ini telah bertunang pada 6 Oktober lalu di kediaman keluarga Elfira di Cheras, Selangor.

Mereka dijangka melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun depan, namun masih belum menetapkan tarikh sebenar.

Sufian Suhaimi, Elfira Loy

Artikel Berikut

Artikel Lain