suria

Haqiem Rusli, Tajul Antara 4 Artis FMC Paling Laris

Haqiem Rusli ketika membuat persembahannya di UKM, Bangi pada Isnin.

SELEPAS 26 tahun ditubuhkan, syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) terus melahirkan penyanyi-penyanyi popular walaupun jualan album ketika ini dilihat semakin suram. 

Pengarah Eksekutif syarikat rakaman itu, Ho Chin Fui, berkata, antara artis yang paling laris bawah naungan syarikat berkenaan ialah Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Tajul dan Ernie Zakri. 

"Mereka berempat adalah artis yang sangat popular dalam kalangan peminat. Kiranya, mereka adalah yang paling laris di FMC sekarang.

Wany Hasrita antara penyanyi baharu yang semakin popular bawah FMC. 

"Saya tak boleh pilih siapa dalam kalangan mereka yang paling hebat, setiap bulan mereka sahaja yang bergilir-gilir berada di atas," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa. 

Menurut Ho, dia gembira dengan sokongan peminat terhadap artis-artis FMC terutamanya ketika syarikat itu menyambut Jubli Peraknya. 

Tambahnya lagi, antara resepi kejayaan FMC apabila mereka menampilkan elemen pop 90 an yang kini digilai anak muda. 

Ernie Zakry

"Sekarang memang zaman streaming, jadi kita tampilkan apa yang orang mahu iaitu muzik pop 90 an," katanya. 

Dalam pada itu, FMC menganjurkan mini showcase dan sambutan Jubli Perak sempena sambutan ulang tahun penubuhan ke 26 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, pada Isnin.

Sewaktu acara itu, sembilan artis naungan FMC Syed Shamim, Sissy Iman, Wani GGV, Muna dan Putera Band memperdengarkan lagu baharu mereka.

Tajul

Sewaktu acara itu, Haqiem Rusli turut melancarkan lirik video bagi lagu Jatuh Bangun yang dihasilkan dalam bentuk ‘augmented’ realiti yang pertama di Asia. 

Acara itu bertujuan untuk meraikan kejayaan FMC meraih 500,000 pelanggan di saluran YouTube mereka.

Antara artis terawal yang menyertai syarikat rakaman itu ialah kumpulan Spin, Arrow, Syura, Jay Jay, Ramlah Ram dan Ani Mayuni.

FMC, Tajul, Haqiem Rusli

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain