suria

“Saya 'Family Friend' Emma” – Datuk Salim

Emma Maembong

PETALING JAYA: Ahli perniagaan Datuk Salim Rahman menjelaskan hubungannya dengan Emma Maembong hanya sekadar kawan selepas mengenali aktres itu menerusi keluarganya.

Salim berkata, dia mengenali Emma sejak beberapa bulan lalu daripada abang ipar aktres berkenaan.

"Saya rapat dengan dia dan keluarganya boleh dikatakan seperti "family friend" dan mengenali dia daripada abang iparnya. 

"Namun belum ada hubungan istimewa jauh lagi sudah melamar dia seperti di dakwa," ujarnya kepada mStar Online

Salim berkata demikian menjelaskan kaitannya dengan Emma Maembong yang didakwa mempunyai hubungan rapat.

Individu yang dikaitkan dengan Emma Maembong ini berkata, hubungannya dengan aktres itu sekadar kawan biasa.

Tambah Salim, dia tidak pernah keluar berdua bersama aktres itu, sebaliknya secara beramai-ramai.

"Kami tidak pernah keluar berdua, jika keluar pun secara beramai-ramai dengan ahli keluarga lain atau dengan kawan-kawan yang rapat," ujarnya.

Menjelaskan foto yang dimuat naik Emma ketika di karnival Mood Republik Tour di Kota Kinabalu, Sabah, Salim berkata, dia juga terlibat dalam karnival berkenaan.

"Saya tidak menemani Emma ke Sabah, sebaliknya saya terlibat dengan karnival berkenaan juga," ujarnya.

Terdahulu, dunia hiburan pada Rabu dikejutkan apabila Emma Maembong mendedahkan hubungannya dengan Kamal Adli sudah putus.

Keretakan hubungan tersebut juga dikaitkan dengan pelakon Duda Pujaan Dara iaitu Zahirah MacWilson.

Bagaimanapun, Zahirah yang berang namanya dikaitkan tampil mendedahkan mesej perbualannya dengan Kamal Adli bagi membersihkan nama dan imej yang dikatakan menjadi orang ketiga.

Emma Maembong, Kamal Adli

Artikel Sebelum

Salma Tak Pernah Kecewa

Artikel Berikut

Artikel Lain