suria

Zila Seeron Bertudung Semula

Zila Seeron mendapat pujian pengikutnya di Instagram apabila dilihat kembali mengenakan tudung.

BEKAS peserta program Akademi Fantasia 4 (AF4), Zila Seeron yang sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila tidak lagi bertudung dilihat kembali berhijab sejak beberapa bulan lalu.

Melalui beberapa perkongsian gambar di Instagram miliknya @zilaseeron, bekas isteri Along (Cham) itu mula memuat naik foto memperlihatkan dia bertudung.

Perkembangan terbaharu penyanyi itu turut mendapat pujian daripada pengikutnya yang berharap dia terus kekal menutup auratnya selepas ini.

Pelawak Along (Cham) & Zila (AF4) Cerai Talak Satu

"Alhamdulillah. Ya Allah, cantiknya Zila bertudung. Jangan tanggalkan lagi ya.

"Manis dan ayu berlawanan dengan tak pakai tudung," tulis salah seorang pengikutnya @dasimasudin.

"Cantik Kak, nampak muka berseri sangat bila bertudung, semoga terus istiqamah," tulis pula @suhaili.

Selain pujian terhadap keputusannya kembali bertudung, pengikut Instagramnya turut mendoakan agar dia terus kekal dengan imej itu serta memulakan kehidupan lebih baik selepas beberapa insiden kurang enak mengenainya sebelum ini.

Pada 13 Ogos tahun lalu, Zila mencetuskan kontroversi apabila ditangkap khalwat dengan seorang pengurus syarikat iaitu Mohd Khairul Azizi.

Ekoran kejadian itu, rumah tangganya bersama Along juga musnah apabila pelawak itu menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 29 Ogos tahun sama.

Hasil perkahwinan pada 2010, mereka dikurnaikan seorang anak lelaki iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Zila Seeron

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain