suria

“Masih Duta Produk Cuci Alat Sulit” – Amar Asyraf

Amar Asyraf belum berhasrat menarik diri sebagai duta produk keluaran syarkat Boy Iman. Foto SHAARI CHE MAT

PELAKON Amar Asyraf yang menjadi duta kepada produk Durro milik syarikat Datuk Boy Iman mengakui tidak terkesan dengan penahanan terbaharu pelakon dan usahawan itu. 

Amar atau nama sebenar Amar Asyraf Zailuddin, 30, berkata, jualan produk pencuci alat sulit lelaki itu masih berjalan seperti biasa dan ia tiada kaitan dengan penipuan kes hartanah yang gempar sebelum ini. 

"Pasal kes terbaharu, saya pun tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. 

"Produk pencuci bawah syarikat DBI Health & Beauty, rasanya tiada kaitan dengan kes hartanah tu," ujarnya kepada mStar Online.

Bebas Hanya Beberapa Minit, Boy Iman Dicekup Semula

Amar terlibat dalam pementasan teater Bahara Emas.

Akhbar sebelum ini melaporkan Datuk Boy Iman, 37 , ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pembinaan rumah harga murah membabitkan nilai kira-kira RM6.2 juta. 

Menurutnya lagi, dia tidak berhasrat untuk menamatkan kontrak sebagai duta produk itu. 

Dia juga akan meneruskan tugasnya sebagai duta sehingga kontrak tamat pada Jun tahun depan. 

Dalam perkembangan lain, Amar memberitahu dia dijemput untuk mengarahkan sebuah pementasan teater bertajuk Projek Tiga di Singapura pada 17, 18, 19 November depan. 

"Saya memang rasa bangga. Bukan mudah untuk orang kita dijemput mengarah teater di sana. 

"Rasa syukur pun ada. Iyalah, ada juga orang yang pandang bakat dan kebolehan saya," katanya lagi. 

Amar Asyraf, Boy Iman

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain